Alhamdulillah bertemu lagi kita di bulan Ramadhani ni sekali lagi, Wetotla nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Moga - moga puasa kita diterima dan Allah ampunkan dosa kita. 

Ada kami jumpa ini, cara untuk solat sunat terawih bersendirian. Mama Tot memang selalu begini sejak melahirkan anak, kadang - kadang sahaja dapat ikut Papa Tot berjemaah di surau. Jadi bila dilihat ada perkongsian sebegini, mungkin dapat membantu ibu - ibu ataupun sesiapa sahaja yang mungkin tidak berkesempata, uzur untuk ke surau atau tak kira apa jua masalahnya. Yang penting kita dapat menunaikan solat sunat di bulan mulia yang hadir setahun sekali sahaja.