Wetotla kalau bab bersahur nie selalunya akan suka masak yang ringkas - ringkas.. maklumlah mata tak berapa nak terang dan semangat makan tu tak seperti waktu berbuka.. sepatutnya terbalik kan? 

Waktu bersahur inilah sepatutnya kita paling berselera dan makan sebaiknya sebab nak gunakan tenaga itu sepanjang hari. Manakala sewaktu berbuka tu sekadar makan mengalas perut untuk teruskan bersolat dan seterusnya bertarawih. 

Tapi nak buat macam mana.. masih dalam proses mengubahnya.. tapi tak dapat nak buat drastik sangat... cuma sekarang kami cuba berbuka dengan bubur nasi sahaja dan selepas bertarawih barulah kami makan apa yang sesuai untuk mengisi perut sebelum tidur. 

Oklah berbalik pada resepi kita ini, kalau pagi - pagi tu bangun dan gorengkan lauk ini, pastinya terus datang selera nak bersahur, kalau sukakan lauk berkuah, siap - siaplah masak pada malamnya, jadi yang itu kita panaskan sahaja.. cuma kalau resepi ini, sebaiknya dibuat terus ketika ingin makan. boleh potong siap - siap dan masukkan dalam fridge dulu dan keluarkan waktu nak bersahur.

Inilah resepi paling ringkas, cepat dan sedap! Memang membantu sangat kalau menaikkan selera dan sekaligus menjimatkan masa menyediakan. 

Ada tips untuk menggoreng ikan bilis ini.

  • Pastikan minyak panas benar sebelum memasukkan ikan bilis itu.
  • Selepas dimasukkan kedalam kuali, pastikan ikan bilis itu sentiasa dikacau rata. 
  • Nak tahu ianya sudah masak ataupun garing? Tiada bunyi dah, jadi senyap berbeza dengan waktu mula kita letakkan ikan bilis tu. 







100gm ikan bilis
2 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 biji bawang besar - dihiris tebal
2 ulas bawang merah | dimayang halus
Garam dan serbuk perasa secukupnya





Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. (Jangan lupa ikut tips diatas) Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.


Kemudian masukkan ikan bilis goreng tadi dan kacau sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau sentiasa.

Akhir sekali, masukkan cili hijau dan hirisan bawang besar. Kacau sebati dan angkat.