Wetotla memang sudah jatuh cinta pada daging salai yang dibeli di Supermarket Aeon Jaya Jusco. Selama menikmati daging salai yang dibeli di Kuala Lumpur, inilah pertama kali kami dapat rasa keaslian daging salai umpama dibeli terus dikampung bapak mama tot iaitu Kuala Pilah. 

Bau dagingnya sahaja sudah melekat bau kayu api itu.. bila digulai.. kuahnya nanti akan terasa aroma authentic daging salai itu.

Setiap kali kami menikmati lauk ini.. pasti berpuas hati sangat - sangat!

Jadi sekarang nie bila terasa nak makan daging salai, tak mahu dah cari tempat lain. Mesti kami nak beli disitu walaupun itu bukan tempat kami biasa shopping barang dapur.

Mungkin anda pun boleh cuba kan? dan kalau ada tempat lain yang lebih ummph rasa aslinya.. boleh sahaja anda rekemen pada kami.

Oklah, jom tengok resepinya.







7 biji cili api
1 peket daging salai
2 biji ubi kentang- dipotong 2
1 peket santan segar
1 cawan air

2 batang serai - di titik
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 helai daun kunyit-disiat

1 sudu kecil serbuk kunyit
1 kiub knorr lembu
garam secukup rasa





Blender cili api, kunyit hidup, halia dan 1/2 sudu garam. Kemudian titikkan serai dan masukkan kesemuanya termasuk daun kunyit ke dalam periuk bersama daging salai dan ubi kentang. Tuangkan santan bersama air dan hidupkan api kecil. 


Kacau sentiasa supaya santan tak pecah. Kacau hingga menggelegak dan kentang empuk.

Masukkan kiub dan rasa, jika masih kurang masin tambahkan beberapa cubit garam, tapi kalau sudah menepati, terus matikan api.

Sejukkan dan hidang.