Wetotla kini dalam misi mengemas rumah menjelang raya. Maka kami juga mengambil peluang untuk mengajarkan anak - anak tentang proses kitar semula kerana sangat banyak barangan kami yang tidak lagi kami guna namun ianya masih boleh berfungsi atau boleh digunakan oleh orang lain dan ada juga yang tidak berfungsi dan tidak boleh digunakan, tapi boleh dikitar semula.

Kami mengambil langkah untuk memperkenalkan konsep kitar semula kepada anak - anak dengan menonton video Youtube sehingga kami mencapai pemahaman berkenaannya, dan juga kami membuat label - label kitar semula seperti warna untuk kertas, plastik, dan juga aluminium.

Bila mula mengemas tu, macam - macamlah kami jumpa... maklumlah kami dulu kan berniaga kek, jadi barangan untuk membuat kek tersangatlah banyaknya dan ada sesetengahnya sudah expired, jadi sebelum dibuang, kami jadikan art projek untuk anak - anak kami seperti dibawah.




Aktiviti membuat label barangan kitar semula diserahkan kepada si Abang untuk diwarnakan dan juga sambil itu cuba mengenalpasti barangan yang bersesuaian dengan label itu.

Tugas adik pula mengenalpasti barangan yang ingin dikitar semula, contohnya bila ada botol plastik, kami ajarkan dalam bekas mana perlu dimasukkan, samada dalam bekas plastik keras ataupun bekas plastik lembut. Si adik lebih suka kepada aktiviti sebegini dan kerana menjadikan beliau lebih cepat faham.


Barangan elektronik yang sudah tidak boleh digunakan lagi, bolehlah dimasukkan kedalam Inventor's Box, seperti printer lama, remote control dan apa sahaja yang boleh dijadikan aktiviti godek - godek untuk anak - anak. 

Mereka amat sukakan aktiviti sebegini, ajarkan mereka menggunakan tools yang sesuai untuk explore dan kenalpasti komponen yang ada didalamnya.. kalau anda tak tahu.. google sahaja.. ataupun ajar mereka google sendiri untuk mendapatkan jawapan sendiri.



Ideanya kami dapat dari website ini:

via : www.modernparentsmessykids.com

Kami kongsikan beberapa video dan website yang banyak membantu kami memahami tentang proses Kitar Semula di Malaysia ini.

Ini video yang paling kami suka.. kami tonton berulang kali.. 




website pula (klik pada font tebal):
  • cj.my - gambar ini sangat membantu dalam mengenalpasti barangan yang boleh dikitar semula.

  • Sri Aman Recycle - gambar ini pula kami gunakan untuk mengenal pasti warna - warna label kitar semula di Malaysia. 
 

  • Care2.com - Kenapa kita mesti kitarsemula? Info menyeluruh tentang perlunya kita kitar semula.




Nanti kami akan sambung lagi kisah projek kitar semula kami ini yang mana apa yang telah kami kumpulkan dan kemana kita nak jualkan kesemua barangan ini.

Jumpe lagi!