Wetotla dah merasakan bahang Hari Raya dan nak berkongsi sesuatu yang mungkin menjimatkan anda dalam menambahbaik dekorasi rumah anda khusus untuk Lebaran yang bakal menjelang.

Sebelum itu kami nak cakap dahulu yang DIY ini kami lakukan pada 2 tahun lepas (hehe) dan terlupa nak dikongsikan sehinggalah kini terjumpa semula dalam folder gambar - gambar DIY kami.

Anda akan tahu ianya sudah lama dibuat bile melihatkan anak - anak kami yang masih muda remaja.

Apapun yang penting kami nak berkongsi ideanya yang mana boleh menjimatkan masa dan kos untuk membuatnya. Juga walaupun telah dibuat pada 2 tahun lepas, namun curtain instant ini masih kukuh dan utuh tanpa ada sebarang masalah. Jadi ada testimoni disitu.. kan?

Baiklah jom kita lihat tutorial kami ketika membuatnya.


Ini ialah kabinet dry kitchen kami yang mana asalnya kami plan nak letakkan dua oven saat meniaga kek dahulu, tapi tak jadi sebab kami terus beli industrial oven, maka tak muat diletakkan disitu, jadi ruang itu kami letakkan makanan ringan dan bahan - bahan yang tak berapa nak nampak kemas walaupun disusun macam mana pun.


Maka datanglah idea nak buat curtain, nak mintak Papa Tot jahitkan asalnya.. tapi mengenangkan Papa Tot waktu tu agak sibuk, kena tunggu bila free.. yea Mama Tot tak tahu menjahit guna mesin (huhu) maka nak cuba sesuatu yang tak pasti jadi ke tidak, iaitu lekatkan kain untuk curtain tu menggunakan Thumbtacks.


Kalau anda ingat entry lama kami Projek Deko Kerusi Lama.. kami ada beli kain ruffles yang berharga RM18.90 semeter tu ada banyak lebihan kainnya. Sesuai dengan warna kabinet kami maka Mama Tot cubalah dahulu, sebab kain ini pun ringan dan tak berbulu.

Maka kami potonglah mengikut ukuran ruang itu.


Inilah ruang yang ingin ditutup itu.


Dipendekkan cerita, kami cubalah paku pada bahagian tengah antara dua kabinet tu, Alhamdulillah menjadi!


Selesai mamanya mengerjakan.. anak bujang pun turut membantu dengan tukul comelnye.


Mula - mula lekatkan berselang jauh.. kemudian tambahkan supaya setiap selang itu ada thumbtack ditengahnya.


Anak dara pula yang tolong sudahkan.. senang betul bekerja dengan begitu ramai pembantu. (huhu)


Sempat mereka mengagumi hasil kerja sendiri.


Taraaa! Apa pendapat anda.. Dapat disiapkan dalam masa 10 minit sahaja.


Maka kabinet kami bermula pada tahun itu dah tak togel dah.. tak nampak segala barangan yang kadang - kala berselerak didalamnya.. 


Anak bujang menunjukkan kegembiraan terhadap projek curtain instant ini. Lepas nie bila nak cari snek kegemaran, hanya selak sahaja curtain tu dan jenis kain yang berat ini akan jadikan curtain itu kemas terletak sahaja.