Wetotla nie boleh dikatakan sangat suka menyimpan (hoarding), dari tahun ke tahun kerjanya mengemas barangan yang disimpan dengan cermat namun tak tahu nak buat apa dengannya. Kami ada berpuluh - puluh (hampir beratus) bekas plastik butter pail ini. Kami gunakan butter jenis ini sewaktu membakar biskut raya dahulu. 


Kami ada gunakan sedikit untuk merendam kain buruk, menyimpan barangan mainan anak - anak, tapi masih ada berlebihan. Bila ada rakan atau saudara datang kerumah mereka akan mintak sedikit dan masih ada lagi berbaki. 

Nak dijadikan cerita sewaktu melihat video tentang cara - cara organizing barangan didalam rumah seperti dokumen yang setiap bulan kita terima, buku manual yang diterima apabila membeli barangan, dan pelbagai barangan yang kita rasakan tak berapa penting untuk disimpan cermat, namun sebenarnya ianya sebaliknya.

Kami mendapat idea untuk menggunakan bekas ini. Didalam video mereka menyuruh kita menggunakan clear box supaya nampak didalamnya, dan dalam masa yang sama labelkan. kami terfikir lebih baik kami terus sahaja labelkan bekas plastik ini.

Kami ingin simpan di dalam shelf yang kami DIY dari book case, disebabkan shelf itu tak boleh diletakkan barangan yang berat, jadi bekas plastik berlabel ini memang sangat membantu.

Bila disimpan sebegini, selepas setahun kita boleh go-through semula dokumen itu dan boleh mula kitar semua mana yang sudah tidak berkaitan. 


Jadi kami mulakan dengan membuat label, yang ini  kami gunakan Microsoft WORD sahaja dan label kecil ini kami gunakan untuk melabel pada cubicle didalam kabinet dapur dan almari pakaian, supaya yang mana kami dah tak nampak, masih boleh refer melalui labelnya.


Yang ini barulah untuk ditampalkan pada bekas plastik, printed pada kertas sticker supaya mudah untuk menampal.


Aktiviti sebegini memang menjadi kegemaran anak - anak, gigih membantu mengumpul untuk mamanya..


Inilah tempat yang mana ingin ditampalkan. Shelf ini agak tinggi sebenarnya, dibawah itu ada satu lagi yang serupa dengannya. Shelf ini tak silap kami beli pada harga RM49.90 dan kami lekatkan menggunakan Metal L-brackets seperti didalam gambar ini. 



Kalau pergi hardware ada pelbagai pilihan, cume yang ini kami ambil kerana dirasakan paling kukuh pada Papa Tot.


Inilah dia sebelum di tampalkan, kami dah labelkan siap - siap dan sudah disusun mengikut beratnya... mana yang ringan dok atas.


Setelah ditampal nampak lebih menarik kan, kemas dan mudah untuk dibaca bila ingin mengambilnya. Jangan terkejut yang Papa Tot sangat suka membaca buku manual, setiap produk yang kami beli, Papa Tot pasti membacanya dahulu sebelum digunakan, manual kereta pun sama. (haha)


Jadi inilah apa yang kami cuba kongsikan kali ini. Mungkin anda boleh buat lebih cantik dan menarik, ini sekadar idea yang boleh kita gunakan dalam mengemas pelbagai bil - bil, slip gaji dan apa sahaja yang perlu di letakkan setempat.