Wetotla kali ini nak share resepi turun temurun dari keluarga belah Mama Tot iaitu sejenis dessert Kelantan yang dipanggil Butir Nangka.

Resepi yang memang sedap dihidangkan waktu nak berbuka puasa, tambahan pula kalau dihidangkan sejuk. Uniknya resepi kami ini ialah Ibu Mama Tot selalu memasukkan durian ataupun lempuk durian sebagai penambah perisa. 

Versi kami ini sahaja dibuat warna warni kerana nak menggalakkan anak - anak berminat untuk mencuba kuih tradisi ini. Memang berjaya.

Baunya sahaja dah membangkitkan, apatah lagi ketika menikmatinya!

Jom tengok macam mana nak buat.






Butir nangka:

4 cawan tepung beras pulut
Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
Pewarna hijau, biru atau apa sahaja.
Sedikit air kapur
Garam

Kuah :

1 pek santan segar / santan kotak

Santan Segar
Santan Kotak


2 helai daun pandan - disimpul
2 sudu besar lempuk durian.

via : kelantan-kito.blogspot.com


2 sudu besar gula kasar. (boleh guna gula merah atau perang untuk nampak berlainan warna)
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil Halba








Butir nangka:

Masukkan semua bahan - bahan seperti tepung pulut, dan air kapur ke dalam bekas dan uli hingga sebati.

Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sehingga tepung tidak melekat pada tangan dan bahagikan kepada dua atau tiga adunan untuk proses mewarna. 

Tambahkan penawarna dan teruskan menguli sehingga warnanya bertukar. 

Selesai mewarna, bentukkan adunan seperti biji nangka / butir nangka (lebih kurang sebesar gula-gula) 

Panaskan air didalam periuk sehingga mengelegak, dan masukkan adunan butir nangka itu itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.

Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.



Kuah:


Satukan semua bahan dalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil.

Kacau sentiasa supaya tidak berketul, dan masukkan juga lebihan air daun pandan tadi ke dalam kuah.

Masukkan garam, gula dan kacau sampai mendidih dan tutup api bila nampak masak. Masukkan butir nangka dan hidangkan.