Wetotla kasi tajuk coverline jea nie.. sebab rupe cakoi kami nie tak bape nak menjadi, tapi nak bagi nampak gempak maka kami namakan si comel.


Walaupun rupanya agak kelakar.. tapi seriously memang sedap! bukan nak puji sendiri tapi nak puji resepi. 

Resepi ini ibu mama tot yang salin dari magazine lama, tapi katanya tak ingat dalam magazine mana.. semuanya disalin dalam buku latihan sekolah tu.. 

Jadi sewaktu dicuba membuatnya kami tak berharap sangatlah jadi sedap ke ape.. buat pun lewat petang sangat dah, jadi mana yang sempat kita buat jelah.. goreng pun dah sipi - sipi waktu nak berbuka. Nasib baik menjadi rasanya.

Kami buat pendek - pendek camnie kononnya nak bite-size.. tapi tak puas makan pulak, jadi next time nak kena buat size yang sama dengan yang dijual di kedai biasanya tu.







400g tepung gandum
1 cawan air

1 sudu besar majerin - dicairkan
1 sudu susu pekat
1 biji telur
2 sudu kecil yis

1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat





Gunakan mixer dengan kepala khas untuk roti bagi menguli.

Mula - mula, masukkan kesemua bahan kecuali tepung ke dalam mixing bowl. Gaul rata menggunakan spatula sahaja, kemudian masukkan tepung sikit demi sikit sehingga menjadi adunan doh. Waktu ini boleh mula menguli dengan kepala mixer yang khas untuk roti.


Canaikan doh secara memanjang. Gunakan kepingan plastik, potong secara putus - putus dan selepas itu gabungkan dua doh menjadi satu sahaja. Bagi melekatkannya gunakan lidi yang sudah dicelup air. 

Tekan.

Anda boleh lihat video tutorial membuatnya yang diambil dari youtube.



Goreng dgn minyak yang panas dan banyak. Goreng sehingga garing iaitu cakoi bertukar warna.


Hidangkan.