Wetotla rasa kalau yang sukakan makanan bersambal.. pasti tergoda dengan sambal pada ikan yang kemerah - merahan ini kan. Bagi kami yang penggemar makanan pedas, ini menu yang bila dibuat akan membuatkan kami bertambah-tambah nasi. 

Jadi masuk kategori lauk bahaya ini (haha). 

Apapun, bila berbuka puasa memang sesuai sangatlah dihidangkan lauk ini sebab memang menaikkan selera. Nak membuatnya pun tak sesusah mana, hanya perlu blender dan sumbat sahaja, dan bakinya kita goreng dan tuangkan sahaja atas ikan itu semula.

Mudah kan? Jom tengok resepinya.




2 ekor ikan cencaru
  • belah belakang,
  • perap dengan jus limau kasturi sekejap sahaja,
  • Lumur dengan serbuk kunyit dan garam.
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi

1 sudu besar gula 
1/2 biji tomato
1 bji limau purut - ambil jusnya sahaja.
1 sudu besar belacan
Garam secukup rasa







Tumiskan cili merah, cili padi, bawang dan tomato sehingga garing, kemudian masukkan belacan, Gorengkan lagi sehingga garing.

Keluarkan dari kuali dan biarkan sejuk seketika dan blender. Masukkan gula, garam dan jus limau sekali. 

Blender seketika dan keluarkan untuk disumbatkan pada belakang ikan.

Gorengkan ikan tu pada api yang agak panas supaya garing dan masak. 


Baki sambal tu bolehlah di gorengkan semula bila dah keluarkan ikan dan dilumurkan pada ikan tu semula.. memang ummph!