Wetotla amat sukakan pembelajaran melalui kaedah play based learning sejak mengetahui kebaikannya apabila kami ke seminar Parents as Partner Series di Unitar dahulu. Sejak kami mula mengamalkannya, nampak ketara perbezaan dalam minat anak - anak kepada pembelajaran.

Dulu kalau kita ajak untuk belajar, pelbagai alasan diberi oleh mereka, terutamanya bila melibatkan aktiviti memegang pensel. Amat ketara yang anak kedua kami iaitu si Adik itu tidak berminat untuk belajar. Berbeza dengan abang yang boleh menghabiskan keseluruhan mukasurat dalam buku latihan sekali mengadap.

Si Adik, walaupun dipujuk bagi pembelajaran lebih mudah, iaitu untuk membaca flash card, pun beliau tak mahu. 

Sekarang amat berbeza bila kesemua aktiviti dibuat secara play based learning, iaitu apabila flash card sudah menjadi memory game, bila waktu memegang pen ialah selain tracing, iaitu hanya membulatkan huruf, dan banyak lagi cara yang lebih kepada permainan, si Adik nampak ketara semakin suka belajar. 

Sampaikan setiap malam beliau akan tanya esok nak main apa lagi. Lebih seronok ialah dalam kami bermain setiap hari, banyak sudah beliau tahu. Setiap hari banyak perkataan - perkataan baru yang kami tak sangka beliau akan sebut, contohnya binatang seperti Lemur, Wasp, Otter akan terkeluar dalam perbualan kami bila ditanya tentang binatang. Juga bila kami berbual tentang pengiraan, nama warna, dan banyak lagi.. pelbagai perkataan baru akan disebutnya. 

Ini semuanya timbul selepas kami bermain setiap hari!

Sebenarnya kami memang dari dahulu amat suka bermain dengan anak - anak, contohnya bermain masak - masak, kedai - kedai, cuma kami tak tahu yang ianya boleh membantu kepada perkembangan kreativiti dan otak anak - anak.

Sehinggalah kami diterangkan segala kebaikannya oleh Puan Mazni Binti Dato Mohamed Zainal Abidin, iaitu Play Specialist, dari UKM Medical Centre.

Kami sewaktu di Parents As Partners Series, nampak tak Papa ToT, dikelilingi para wanita.. - FB UNITAR

Kali ini saya nak cerita sikit tentang satu kaedah play based learning yang jarang ditekankan oleh parents, namun ianya sangatlah membantu memberikan mood yang baik pada anak anak dan sekaligus menjadikan mereka pandai berfikir.
Pretend Play, ialah satu kaedah pembelajaran bagi kanak - kanak supaya berimaginasi secara kreatif. Ianya merangsang skil sosial dan emosi, skil penggunaan bahasa dari segi menyusun ayat dan juga perkataan - perkataan baru, dan juga skil berfikir.

Seperti diterangkan Puan Mazni, pretend play ini contohnya kita bermain masak - masak, jadi King dan Queens, main cikgu  - cikgu dan banyak lagi.

Di luar negara contohnya, amat ketara pendidikan awal kanak - kanak mereka menekankan pada konsep pretend play in sehinggakan satu bilik darjah dicat seperti castle, anak - anak kecil dipakaikan kostum supaya masing - masing mendapat role untuk dilakonkan. Bukannya kostum digunakan hanya setahun sekali sahaja iaitu ketika mengadakan majlis akhir tahun.

Anak - anak yang berlakon itu sekaligus mendapat idea dan pemahaman tentang apa yang dilakukan, kalau berlakon doktor, tahulah mereka apa role doktor, bagaimana membantu pesakit dan banyak lagi.

Kalau pretend play ini dibuat secara berterusan, anak akan dapat mengenalpasti minat mereka dan skil - skil yang mereka bina dari permainan itu mungkin boleh menjadi sesuatu yang bakal diusahakan ketika besar nanti.

contohnya bermain kedai - kedai, restoran, tak mustahil anak itu boleh menjadi usahawan, pemilik restoran suatu masa nanti kerana skil berniaga, bertoleransi, komunikasi telah dibina sewaktu bermain sejak kecil.




Ini cerita kami, dahulu kami pernah membeli mainan masak - masak untuk si Adik ini sewaktu beliau berumur setahun lebih.

Setiap hari beliau akan bermain dan lakonkan pelbagai gaya Mama Tot memasak. 


Minat memasak itu semakin mendalam, beliau terus bermain dan bermain.




Bila sudah selalu bermain, kami mula memperkenalkan anak - anak pada peralatan memasak yang sebenar, dan seterusnya kami cuba pula membuat kek bersama mereka.





Sehinggalah pada umur 3 tahun lebih, si Adik dah berjaya membuat No Bake Cheese Cake sendiri dengan sedikit sahaja bantuan dari Mama Tot iaitu dari pengendalian barangan elektrik dan membasuh peralatan memasak. Kesemua yang lain beliau buat sendiri.

Teknik menggunakan egg whisker, teknik mengacau, mengayak, semuanya sudah kami buat berkali - kali. Jadi waktu membuat Cheese Cake sendiri, si Adik memang tidak kekok langsung.





Apa yang kami ingin katakan ialah, selain memperkenalkan sikecil pada buku, huruf, nombor, kenalkan juga mereka kepada dunia imaginasi, dunia skil sosial, skil kehidupan melalui kaedah pretend play ini.

Jadi kalau anda ingin membelikan hadiah kepada sikecil yang baru menginjak ke usia setahun, permainan jenis Pretend Play ini memang kami sarankan sangat.

Luangkan masa untuk bermain bersama mereka, selain membina kreativiti, kaedah pembelajaran ini sudah pasti menjadikan mereka amat gembira!