Kami bercuti ke Cherating dan ada ke Pantai Kemasik. Dalam perjalanan pulang ke Cherating semula, kami melalui pekan Chukai ini, 

Waktu tu dah tengah hari dan kami mencari tempat makan, maka kami ternampak pula restoran ini dan melihatkan menu utamannya ialah nasi ayam, maka kami pun terjah.

Nampak sangat ramai orang tempatan yang makan disini ketika itu, maklumlah lunch time kan.

Kami pun orderlah beberapa set nasi ayam dan Papa Tot mahu mencuba rojak ayam.


Servis sangat laju, tak sampai 10 minit nasi kami dah sampai dan selepas itu air minuman, dan kemudian rojak. 

Alhamdulillah, kami pun mula-lah menikmati hidangan tengah hari ini. 

Suapan pertama, terkesima sekejap rasanya sebijik macam Mash Nasi Ayam yang terletak di kawasan Masjid Pasar Keramat itu. 

Aduh sukanyalah Mama Tot sebab nasi ayam jenis ini memang favourite.


Papa Tot yang mula menikmati Rojak Ayam pun memuji - muji kesedapannya.


Fahamlah kami kenapa sungguh ramai orang tempatan makan disini.

Kalau anda datang ke Kemaman, haruslah cuba yea.

Gambar ini diambil dari Google Maps, harap membantu yea.



Alamat : Jalan Dato Omar, 24000 Cukai, Terengganu, Malaysia

GPS : 4.230847, 103.420981