Hari Kedua

Sampai sahaja ke bandar Chukai kami terus mencari kedai - kedai yang nampak menarik seperti banyak orang, kereta bersusun dan sebagainya.

Maka kami terjumpa Restoran Selera Awie yang bila dicuba menu nasi ayam mereka, ternyata memang sedap!



Selepas itu kami pun pulang ke hotel untuk berehat dan solat. Selepas itu kami terjun ke swimming pool sehinggalah ke lewat petang.

Malamnya pula kami ke kawasan bandar Chukai sekali lagi untuk dinner pula. Kali ini kami gunakan applikasi Foursquare untuk mencari kedai makan yang menarik dan kami memilih untuk mencuba Awie Nasi Lemak Tyre yang mendapat rating tertingi dari warga tempatan dan juga pelancong.







Walaupun nama sama, tiada kena mengena antara kedua kedai ini rasanya, tapi memang superb sekali hidangannya, sampaikan kami dah balik KL masih teringat - ingat Pulut Durian menarik tu.

Jangan lupa mencubanya yea..

Balik tu sempat kami singgah mencuci pakaian di dobi layan diri dan sambil - sambil tu berjalan dan ternampaklah ada satu kedai bundle. Untuk pengetahuan kami nie memang suke bundle.. lagi - lagi mama tot yang memang layan barang bundle dari sekolah menengah lagi. 

Dalam menyinggah tu, maka 'terbelilah' satu sandal berjenama Ryn pada harga RM40 sahaja..



Balik tu google dan tengok harganya boleh tahanlah dalam USD225 kalau baru.

wahh rasa berbaloi pun ada. Pakai pun dengan stokin jadi rasa sangat selesa. Kalo travelling seeloknya pakai sandal macam nie.. sebab kita berjalan jauh. tak kisahlah kalau berjubah pun layankan pakai sandal sebegini.

Sempat kami diapproach oleh staff SK Bundle nie untuk diambil gambar bagi Instagram mereka. Beria berposing semua.. (hehe)



Selesai bershopping dan membasuh baju, kami pun pulanglah ke hotel untuk tidur sebab esoknya kami dah nak balik, dan bercadang untuk singgah ke Air Terjun Pandan sebab adik nak ambil gambar disitu.

JJCM : Nasi Ayam Awie 

SK Bundle 
Instagram
Lokasi : Kemaman Terengganu. 014-2120391 / 01124191865
Koordinat : 4.248683, 103.424454






Sambungan : Sambungan dari Pengembaraan Kuantan - Cherating - Kemaman #3