Hari Terakhir

Kami Checkout dalam pukul 11 pagi dan ingin terus menghala ke Kuantan. Cadangnya kami nak ke Air Terjun pandan yang terkenal dengan kecantikkannya itu.



Bergambar sebelum pulang.


Dalam perjalan kami singgah di kedai keropok lekor tepi jalan sebab nak beli untuk jiran - jiran dan rakan ofis papa tot.

Disini mereka buat keropok lekor tu di hadapan kedai sahaja. 




Kami dipelawa untuk mencuba..




Mama Tot pun ambil peluang mencuba..

Tentang harga, kami tak biasa beli dikawasan ini jadi tak tahu samada mahal ke murah. 


Selesai membeli, kami terus ke arah Kuantan sebab Mama Tot nak singgah ke Taman Sempurna bertemu rakan lama.

Dalam perjalanan itu, kami singgah sebentar ke Natural Batik Village di Balok, Pahang. 



Melihat proses mengecop batik.




Peralatan mengecop batik.



Inilah lilin yang digunakan untuk melakar pada kain sebagai proses pertama pembuatan batik.


Melihat proses batik lukis.












Trend masakini, Tie Dye Batik.







Katanya ini ditempah oleh sebuah hotel untuk dijadikan sarung bantal. Wow!


Kayu frame untuk batik lukis.


Kami ditawarkan untuk memberi sikecil peluang melukis batik sendiri, dan selesai dilukis batik itu akan diposkan kerumah (kerana hari itu hari terakhir kami) manakala jika kami masih ada lagi sehari disitu, mereka akan menghantarkannya ke hotel. 


Mereka diberi peluang memilih batik yang ingin diwarnakan.



Proses mewarna pun bermula.











Papa Tot bantu menuliskan nama dan tarikh pada batik.



Main bubbles sat.




Itulah kisahnya kami ke tiga negeri yang indah ini. 

Kalau anda ingin pengalaman sebegini, anda boleh mencuba sebuah tempat lagi yang sama seperti ini, yang mendapat rating tinggi di Trip Advisor yang pada kami mungkin lebih bagus, yang pasti anda mungkin tidak TERKENA seperti kami.

Limbong Art Sdn, batik class
Lokasi : Main road, Bhd, 2/1000 Kg. Cherating Lama,Cherating, Malaysia
Tel : 09 5819134