Wetotla nak kongsikan games pembelajaran yang percuma ini pada anda. 


Anak kedua kami yang akan mencapai umur 4 tahun pada hujung tahun ini amat suka bermain pelbagai jenis games belajar disini. Seperti yang kami selalu ceritakan, anak dara kami ini tidak sukakan pada aktiviti membuat buku latihan, ataupun membaca buku, tapi kalau bab bermain game memang laju. Beliau sukakan pembelajaran secara interaktif selain play-based. 

Jadi website ini memang menjadi tempat untuk mama tot mengajarnya. Hasil bermain selama berbulan - bulan, resultnya sama seperti abang yang belajar melalui buku. Yang penting dari game ini mereka dapat mengenal huruf, bunyinya dan macam - macam lagi.

Saranan kami kalau boleh duduk dan bermain sekali dengan mereka, percayalah pasti lebih seronok!


Jom belajar sambil bermain.

 http://www.abcya.com/