Wetotla tersangatlah sukakan sandwich Subway. Nak pergi beli selalu tu letih la jugak kan, jadi kami cuba buat sendiri dirumah. Ketika di Subway kami selalulah intai-intai apa bahan - bahan yang digunakan dan cara memasak mereka tu, dan lepas tu cuba buat sendiri jea.

Cuma yang kami buat ini ada sedikit kelainan, biasalah buat sendiri kita gunakan apa sahaja bahan yang ada dirumah. 

Roti yang kami gunakan ini dibeli di bahagian bakeri Aeon Wangsa Maju. Jenis wholemeal, sangat sedap! Lembut betul dibahagian dalamnya, dan untuk satu roti tu boleh dapat dua sandwich yang besar.

Untuk mayonis pula, kami amat memilih, selalu nak yang sedap jea, jadi beli di kedai dari Timur Tengah, sebab mayonis mereka sangat sedap, lain betul dari yang biasa dibeli tu. 

Jom tengok macam mana nak sediakan.



2 keping isi ikan salmon ataupun dory
Butter (kami gunakan butter berperisa garlic )
1 sudu besar olive oil
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar jus lemon
secubit garam

Lada benggala - dipotong panjang
Buah tomato - dihiris tebal
Bawang besar - dihiris nipis
Daun pudina - dibasuh dan dipatah - patahkan

Cheddar cheese
Mustard






Untuk isi ikan, sediakan perapan dahulu dengan menggabungkan beberapa bahan seperti olive oil, garam dan serbuk lada hitam dan lumurkan pada ikan yang telah di sapukan garlic butter padanya.

Perap sekurang - kurangnya 1 jam didalam fridge, keluarkan dan bakar pada suhu 190'c selama 35 minit.

Keluarkan dan sementara itu sediakan roti sandwich.

Ketika oven masih lagi panas, sapukan butter dan letakkan kepingan cheese pada roti dan masukkan kedalam oven selama 5-8 minit atau sehingga anda nampak cheese cair dan sedikit meleleh.



Untuk mudah kami terus letakkan roti didalam loyang, jadi apabila cheese dah nampak cair, keluarkan dan mula susunkan semua bahan - bahan yang telah disediakan tadi bermula dengan ikan.

Jangan lupa letakkan sos, kami gunakan mustard sebab Papa Tot nyer favorite tu, dan juga sedikit mayonis arab.

Selain mustard boleh jea letakkan olive oil sekadar untuk memberikan aroma dan membasahkan sedikit sandwich.




Kalau satu lagi tak sempat nak makan atau sudah kenyang, boleh jea balut dengan wrapping plastic dan panaskan ketika nak makan nanti. Kalau ikutkan akan jadi lebih sedap sebab macam bertambah lembut dibahagian dalamnya sebab dah berpeluh.

Mama Tot selalu jea sediakan banyak - banyak waktu tengah hari, simpan dalam fridge, bila Papanya balik panaskan sahaja untuk makan petang. 

Penyediaan ini amat sesuai untuk mereka yang mengejar masa, dan perlukan sesuatu untuk disediakan dengan cepat. 


Selamat mencuba.