Hari Ketiga dan Terakhir

Sarapan disediakan seawal pukul 7 pagi. Lebih kurang setengah jam selepas tu kami pun selesai bersarapan. Anak - anak sungguh cergas pagi nie, maklumlah cukup tidur semuanya. Abang pun sudah semakin sihat.

Lepas makan terus kami ke tepi pantai, main pasir dulu. Sebabnya matahari belum meninggi lagi. Bolehlah main puas - puas kan.



Tengah bermain tu, nampak ramai sudah berkumpul untuk pegi snorkeling di kawasan Pusat Taman Laut Pulau Redang pagi ini.

Disebabkan adik yang tak mahu pegi pasal takutkan ikan semalam, jadi kali ini Papa Tot pergi dengan abang sahaja.

Mereka ke Taman Laut Pulau Redang, gambar ketika snorkeling tak ada untuk trip nie, tapi dalam video di bawah tu nanti ada sikit footage masa disana. Nampak seronok betul papa tot dan abang.


Bila matahari dan mula meninggi, kami pun balik ke bilik bersihkan diri dan nak lepak - lepak dengan si adik.



Kami pilih untuk berehat dulu di hammock sementara menunggu papa dan abang balik, dan juga menunggu waktu untuk makan tengah hari. Kalau ke pulau, jangan lupa buat persiapan untuk bawa mainan ataupun buku yang berkenaan dengan lawatan nie. 

Sebabnya mereka pasti akan tanya pelbagai soalan, maka bolehlah kita refer, dan juga pastinya akan datang minat yang kuat untuk tau apa yang berlaku disekelilingnya itu. Proses pembelajaran boleh berlaku tanpa disedari dan belajar melalui pengalaman pastinya lebih menarik.







Waktu papa dan abang balik dari snorkeling, kami dah siap menunggu di dining area. 


Selesai makan kami lepak dahulu dibilik sebab pukul 2 petang nanti ada lagi trip snorkeling ke open sea pula. Kali nie lepas mama dah terangkan pasal kenapa kita tak perlu takut pada ikan, dan betapa bestnya kalau kita dapat peluang untuk berenang di tengah lautan, maka adik setuju nak ikut nanti.


Sebelum keluar lagi, sempat papa layan megi. Kalau kat rumah nie, memang berbulan kami takkan jumpa di pantry, kat sini bila dah ada tu, laju jea kan nak makan. haha
Tips : bawa extension cable setiap kali travel, selalunya yang ada tu memang tidak mencukupi. Kami pun memang bawa electric kettle sendiri kemana sahaja sebab lepas tengok video tentang pendedahan dunia perhotelan ini. haha.. mesti mau bawa!

Lebih kurang pukul 2.30 kami pun mulalah berkumpul di kawasan pantai. Sambil menunggu bot, sempat lagi tu kami main pasir... hehe..


Kali nie kami naik bot lain pula, jenis baru. Terasa lajunya dan best sikit layan angin.. mengantuk kejap.


Adik tertarik betul dengan anchor nie, macam - macam ditanyakan.. dan seronoknya bila abang yang menerangkan fungsinya pada adik dengan bersemangat. 


Pemandangan pada tu agak mendung, sebab jerebu sudah sampai ke sini..


Masa untuk melompat.. dalam air tak berapa terang nampak didalam berbanding semalam.. jadi adik pun jadi lagi excitedla berenang pasal tak nampak apa dialam air tu.


Teruk tak teruk jerebu pada waktu nie... lihatlah matahari pada pukul 2 petang.


Macam biasa rasa tak puas sangat snorkeling walaupun dapat selama sejam. Alasan nak pergi lagi jea nie.

Sampainya kami di pantai..dah ready makanan petang pulak.. cekodok dan pulut hitam. 

Redang Lagoon nie, memang kami kagum sangat dengan servis mereka. Makanan sedap, jadual memang tak lari, dan yang paling best balik dari aktiviti yang penat dan dalam keadaan lapar, ada jea makanan tersedia.



Cekodok nie ada dua versi, manis untuk budak - budak dan penuh dengan ikan bilis dan bawang untuk mak bapak.

Layan cekodok panas tepi laut memang mendamaikan.


Masa untuk memulangkan peralatan snorkeling, oh ya lupa nak cakap yang ini sahaja yang dikenakan bayaran RM10 untuk satu gear, dan juga untuk life jacket. Disebabkan kami ada bawa sendiri pelampung yang fungsinya sama dengan life jacket untuk budak - budak nie, maka jimatlah RM20.



Lepas tu, masa untuk berendam dan memberi ikan makan. seronoknya waktu nie sebab ikan banyak sangat, cume agak mendung jadi tak nampak terang waktu dalam air tu.


Sempat lagi kami buat sand castle.

Maka malam tu, selesai makan malam, kami pun terus balik ke bilik dan tidur. Alhamdulillah malam tu hujan, tidur jadi lebih selesa.

Hari Terakhir

Berdasarkan pengalaman lepas, kami dah tak mahu check-out dan ambil feri pada waktu yang sama semua pengunjung resort lain checkout. Sebabnya feri mengambil lebih muatan dan papa tot terpaksa berdiri sepanjang perjalanan pulang.

Maka kali ini kami pilih untuk ambil feri yang pertama keluar dari pulau iaitu pada pukul 7.00 pagi.

Macam biasa betapa efisennya Redang Lagoon nie, gelap - gelap lagi makanan semua dah ready. Kami breakfast pada pukul 6.30 dan 6.45 kami dah gerak ke pantai.


Langit baru nak cerah, dan anak - anak ceria jea.


Bestnya naik pagi, tak ramai orang langsung. Kalau dulu.. nak menyelit pun tak lepas.



Feri pun sejuk jea, dan laju!

Abang pulak kali nie berpeluang untuk duduk di tingkap melihat feri membelah lautan.


Nanti kita datang lagi yea, Insya Allah.



Perjalanan tak sampai sejam pun! 

Alhamdulillah kami selamat sampai dan terus nak pergi ke bandar mencari self-operated coin laundry dan juga makanan sebelum bertolak pulang ke rumah.

Kami memang suka basuh siap - siap baju sebelum balik dari travelling, ini jerebu lagilah kami tau takde peluang nak menjemur kalau basuh dirumah nanti. 

Sejak ada dobi macam nie dimana - mana memang kami akan ambil peluang jea.

Kami singgah makan di Gerai yang kami lupa namanya. (haha) tapi sangat sedap.



Ramai orang datang breakfast kat sini, dan macam - macam ada disajikan as pilihan. Mama tot cuba makan pulut kuning die sebab memang mengancam betul.


Balik tu sempat kami pusing - pusing Kuala Terengganu sekali lagi, dan lepas tu terus pulang.

Dalam perjalanan pulang kami singgah ke Lake Kenyir, ingatkan nak bermalam disana, tapi jerebu terlalu teruk dan tak nampak apa, maka kami terus balik jea ke rumah.




Info:
Redang Lagoon