Waktu pengembaraan ke Pulau Redang yang mana kami sempat berjalan - jalan ke Kuala Terengganu, kami sempat ke kedai kuih yang amat terkenal di Kuala Terengganu ini iaitu Kedai Kuih Gong Kapas.

Mana kami tahu tentang ini? semestinya melalui Foursquare.

Nak cari tak susah, sebab kedudukan gerai ini bersebelahan dengan Sekolah Menengah Agama Khairiah, Jalan Sultan Omar.


Pilihan kuih muih mereka, memang rambang mata nak memilih! Macam - macam ada.

Bukan semua kuih dibuat oleh tauke, kebanyakkannya dihantar kesini untuk dijual. Konsep yang bagus kan, dan kalau kita yang pertama kali ke sini dan nak cuba kuih tempatan, mesti rasa puas hati kan.


Tauke kedai nie memang sporting, yang tengah duduk berbaju biru tu. Masa mama tot sampai dan sibuk mengambil gambar dari luar, terus beliau pelawa masuk ambil gambar dari bahagian dalam. Terujanya!


Kalau nampak wanita yang sedang berborak dengan tauke tu, beliau yang buat kuih yang macam bunga ros nie, namanya Kuih Hasidah. 

Sangat peramah bercerita tentang cara membuat dan rupa-rupanya ramai yang jadikan kuih Hasidah ini sebagai salah satu hantaran perkahwinan kerana rupanya yang cantik.

Kuih ini juga sedap!


Selain kuih muih, ada juga soto, mee rebus, mee goreng dan macam - macam lagi makanan petang. 

Soto mereka kami ada beli dan memang sedap!


Kalau anda ada rakan dari luar negara, elok sangat dibawa mencuba kuih tempat kat sini. Memang unik kebanyakkannya dan ada sesetengahnya kami pun tak kenal.. haha!



Kami beli tak banyak mana, dalam 5 jenis tapi dua jenis dari kuih yang kami beli tu tu memang sedap sesangat, yang lain ok.


Ingat yea, kalau ke Kuala Terengganu lagi, pastikan anda datang mencuba pelbagai kuih muih tempatan disini. 

Kedai Kuih Gong Kapas
Alamat : Kampung Gong Kapas, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
GPS : 5.314448, 103.144205