Wetotla dah lama ada shoe organizer plastik dari Ikea nie, sejak zaman belajar kat UiTM lagi.. dulu guna untuk simpan kesemua barang - barang, dari perhiasan, pencuci muka sampailah ke makeup, gantung belakang pintu dulu jadi mudah nak nampak. Bayangkan punyalah tahan lama sampai sekarang masih ada lagi dan elok sesangat condition-nya.

Kalau nak basuh cuma rendam dalam sabun semalaman, berus sikit bahagian tepinya tu dan boleh dijemur n lap bahagian dalam yang ada plastik tu. Rasanya shoe organizer nie dah berumur lebih 10 tahun. Pembelian yang sangat berbaloi rasanya.

Sekarang nie dah zaman anak pulak, maka kita tukarlah pula kegunaannya. 

Disebabkan mainan anak - anak nie ada yang kecik kecik saiznya, dan yang itu mudah tersorok bila disimpan didalam bekas mainan. Maka kami transfer ke shoe organizer ini dan lebih senang mereka nak main nanti.



Kami tengok di website IKEA, dah takde dah macam yang kami punya tu, yang lebih kurang macam nie, tapi ada jenis yang transparent. So kalau anda nak beli pastikan nampak dalam sebab mudah mereka nak mencari.
Asalnya didalam bekas ini, penuh dengan macam - macam permainan.



Selepas itu inilah rupanya, gantung pada ketinggian mereka supaya senang nak cari, nak simpan balik pun senang jugak sebab setiap mainan dah ada ruangnya tersendiri.


Selamat Mencuba!