Wetotla berpeluang untuk pergi ke Pesta Lampu 2015 atau juga dikenali juga Festival Lights and Motion Putrajaya yang bertempat di Putrajaya pada 30 Oktober lalu. Memang terkesima sungguh sewaktu kami berada disitu dan melihat keseluruhan pertunjukan lampu - lampu walaupun pada waktu hujan yang agak lebat.

Untuk pengetahuan, pesta ini adalah PERCUMA dan terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti EcoRide, pertandingan fotografi, tarian ala tron, “Art of lights”, pameran kreativiti lampu dan macam-macam lagi. Kalau tak berkesempatan pada tahun ini, kite tengok kalau ada lagi tahun depan, pastikan dapat datang yea.




Waktu kami disana, memang ramai sangat photographer yang sudah menunggu waktu untuk mengambil gambar dengan tripod ditangan, sayangnya hari itu hujan agak lebat, maka ramai yang tak berpeluang untuk melakukan sesi fotografi.

Jom tengok klip promo yang buat kita ternganga kagum.


Kami sahaja datang awal kerana memang bercadang untuk solat maghrib di Masjid Besi. Maka sempatlah kami melihat behind-the-scene bagaimana mereka setup pelbagai jenis lampu yang akan diperagakan pada malamnya nanti.







Kebetulan ada Expo Buku Islam Antarabangsa, kami pun masuk dan tengok - tengok apa yang dijual didalam tu. Banyak juga yang kami beli. hehe



Malangnya malam tu dah hujan maka kami tak dapat nak ambil gambar ataupun video, apepun kami share dari page Putrajaya nie ya.. memang cantik!




Dan ini video kami pada hari itu.. balik dari pesta nie tak habis - habis bercerita tentang lampu dan malam tu kami main lampu dalam bilik sebab terbawak - bawak lagi keseronokkannya tu.



Festival Lampu Putrajaya 2015

30,31 dan 1 November 2015 | 8.00 malam sehingga 12.30 pagi | Dataran Putrajaya, Precinct 3 Putrajaya | Harga Tiket : Percuma