Wetotla memang tak tahu menahu langsung tentang kewujudan tempat ini sehinggalah terbaca review yang ditinggalkan para pelancong luar negara dalam website TripAdvisor. Terkejut kami ada Pusat Konservasi yang tak berapa jauh dari Genting Highland!

Kami boleh dikatakan rajin ke Genting Highland lagi - lagi kalau ada promo bilik yang murah - murah untuk bawak anak - anak berjalan dan bermain disana, jadi kita tahulah tentang Bukit Tinggi, Janda Baik, Hutan Lipur Lentang, dan pelbagai Air Terjun dan Sungai lain tapi tentang pusat konservasi yang berdekatan ini langsung tak pernah dengar.

Bila dah tahu tu, mulalah acara mencari info dengan Google sebanyak mungkin gambar, video dan info berkaitan dan sangatlah tertarik untuk bawak anak - anak ke sana terutama bila tahu tentang kita boleh memandikan dan juga beri makan pada gajah secara terus. Bestnya!

Lebih menyeronokkan lagi, masuk PERCUMA tau! 

Maka setelah di rancang kami ke sana pagi Ahad dalam pukul 8.00pagi. Sahaja kami datang awal untuk melihat-lihat kawasan sekitar dan juga untuk pastikan kami sempat melihat acara yang akan bermula pada pukul 10.30 pagi. 

Kalau nak tengok berkenaan waktu lawatan sesuai, masa tayangan dan pelbagai info berkaitan boleh lihat disini Wildlife.gov.my.

Ambil Exit Lanchang dari Karak Highway, anda akan nampak papan tanda ini. Boleh terus ikut papan tanda, tak keliru sangat untuk mencari tempat ini, cuma dari exit ini ada lagi perjalanan dalam 15 minit lagi untuk sampai ke Pusat Konservasi.




Kalau anda nak ke Deerland Park pun boleh, ianya berdekatan, dari sini dah nak sampai benar.


Akhirnya kami sampai, dan waktu tu kamilah pengunjung yang pertama, cadangnya sampai awal nak pergi minum - minum dulu, tapi selepas diminta daftar boleh terus masuk katanya, jadi kami takmo lepaskan peluang berjalan - jalan ketika masih tak ramai orang lagi.

 

Kami diberikan pelekat dan perlu ditampalkan pada baju, seperti biasa Papa Tot sure nak tampal pada lengan.. hehe



Tengkorak dan tulang gajah ada dipamerkan untuk tujuan pembelajaran, info ini sangat bagus. Lagi - lagi bila kita berpeluang lihat sendiri tulang yang sebenar.

Kulit gajah tiruan yang boleh kita sentuh untuk melihat ketebalan dan juga tekstur padanya.



Kami teruskan berjalan kedalam, suasana memang sangat mendamaikan dan juga tempat ini cantik betul setelah di renovasi untuk keselesaan pengunjung.


Ditengah - tengah pusat konservasi ini ada sebuah anak sungai yang mana khas untuk gajah - gajah turun mandi, minum dan bermain.

Dibelakang anak darai tu, tandas yang amat selesa, bersih dan luas. Di sini siap ada wifi tau, waktu tak ramai orang nie sedap la guna, lepas tu dah makin ramai, takde maknanya hahaha

 

Waktu nie, air pancut berbentuk gajah yang masih belum dipasang lagi, waktu kami lalu tengah hari nanti cantik nampak airnya memancut - mancut keluar dari belalai gajah tu.

Kebetulan waktu Papa Tot nak ke meja pendaftaran bertanyakan sesuatu, ada meja kecil ditepi tu yang menawarkan Private Tour untuk mereka yang mahu merasakan lebih pengalaman disini.

Banyak kelebihan dari yang ditawarkan secara percuma, seperti memandikan gajah dan masuk dan beri makan gajah didalam kandang. Juga termasuk info lengkap tentang spesis, sejarah dan kisah gajah - gajah disini yang mana kami memang nak tahu sangat.

Harga yang ditawarkan agak berbaloi, hanya RM120 untuk satu keluarga kami. Jadi kami ambil pakej itu.

Kebetulan kami berborak dengan pelancong dari luar, harga mereka untuk pakej yang sama dalam RM300 macam tu. 


Kisah gajah bunting.



Kami dibawa terus ke kandang gajah, kata mereka disebabkan kami datang awal, maka sempat untuk lihat mereka bancuhkan susu bagi anak - anak gajah bersarapan.


Si comel ini namanya Lanchang, anak gajah yang termuda, tak sampai setahun lagi umurnya. Diselamatkan ketika terjatuh kedalam lubang dan ditinggalkan oleh ibunya setelah usaha untuk mengeluarkannya tidak berjaya. 


Comel betul tau, dah la manja, dan untuk menyentuh anak gajah ini, kita kena basuh dan sabun tangan dulu tau!



Mereka rupanya sama sahaja seperti anak - anak kita yang mudah dijangkiti penyakit jika tidak dijaga.



Mereka inilah tour guide kami, memang sporting habis. Seronok best dengar kisah berkenaan gajah - gajah disini dari mereka, yang berbaju biru itu katanya membesar disini, seluruh keluarganya pernah berkhidmat disini sebelumnya. Dari cara mereka berinteraksi dengan kesemua gajah - gajah disini macam anak beranak manjanya... hahaha.

Waktu ini mereka potongkan makanan untuk beri peluang kami beri makan pada gajah - gajah didalam kandang.


Kami diajar cara memberi makan samada mahu gajah membuka mulut ataupun gajah ambil sendiri menggunakan belalainya.



Geng anak - anak gajah yang comel dan bising dah waktu nie, lapar sangat agaknya. Selain Lanchang, ada lagi 2 ekor yang besar sedikit darinya. Yang besar tu makananya campur, buah - buahan dan juga susu, cuma Lanchang sahaja yang fully minum susu. Maklumlah masih bayi lagi kan.


Gambar membancuh susu itu tak sempat pulak diambil, tapi campuran susunya itu terdiri dari 1 peket 2 kg Anlene dicampur nasi dan juga Roti Gardenia bersaiz Jumbo tu. semuanya di hancurkan dan dikacau lalu dimasukkan kedalam botol susu bersaiz 'gajah'.

Tengok tu, tak cukup agaknya, kawan dok minum sibuk nak di ambiknya, notty betul budak gajah nie!


Kadang dari arah depan, pengunjung masih boleh beri makan, beli dihadapan kadang tu dan terus beri makan.

Hari sudah semakin meninggi, makin ramai pengunjung yang sampai.


Kami dibawa keluar dan berjalan ke sekeliling sambil mendengar penerangan lanjut tentang gajah - gajah disini, kalau tak silap ada 2 ekor kita import dari India sebab gajah dari sana terlatih jadi kita nak gajah - gajah kita ikut cara gajah yang terlatih tu, lebih mudah untuk dijaga bila dan pandai.

Cerita mereka bila tamat waktu operasi, kawasan dibelakang kami ini akan ditutup nanti, kesemua gajah dewasa akan dilepaskan untuk berjalan - jalan disini.

Sempat kami ambil gambar sebagai kenang - kenangan.


Kami berehat sebentar sementara menunggu aktiviti lain dari tour guide. Waktu ini dah semakin panas, anak - anak pun dah mula dahaga dan lapar, kami pun makan bekal dan juga minum air banyak - banyak.


Selepas dibawa ke kawasan sekeliling dan diberi lebih penerangan, kami dibawa semula ke belakang kandang untuk memberi gajah dewasa pula makan, maka bermulalah acara memotong buah oleh Papa Tot sambil dilihat oleh anak - anak dengan penuh kagum.


Selain betik, tebu pun menjadi favourite gajah - gajah disini.


Yang ini namanya Selendang, gajah yang cacat pada salah satu kakinya. Kakinya dipotong kerana waktu dijumpai sudah rosak parah akibat terpijak perangkap dikawasan hutan.

Lihatlah rupanya, nampak kesedihannya kan?


Sesi Papa Tot menggembirakan gajah dewasa ini dengan membawa sebaldi buah betik. Berjoget kegembiraan gajah - gajah ini.


Ini pulak rumput yang juga makanan mereka, katanya baka ini diimport dari vietnam dan ditanam disini. Jenis rumput ini mengenyangkan binatang dan sudah banyak digunakan didalam sektor perladangan kita.


Mama Tot pula mencuba peluang memberi makan, anak - anak tak dapat yea, sebab kecil lagi, bahaya.



Abang tengah merajuk sebab tak dapat masuk beri makan. Sorry sayang ini memang peraturannya.



Tahi gajah dewasa yang dikumpulkan. Kita boleh mintak kalau nak kumpulkan tahi ini sendiri dari dalam kandang, berebut - rebut nampak pelancong luar nak buat tu, kami pun nak tapi takde balance dah dalam kandang tu.


Selesai proses memberi makan, kami nak tunggu peluang untuk ke bilik tayangan bagi menonton dokumentari dan juga sesi memandikan gajah nanti. 

Sambil abang dan papa ke tandas, kami lepak - lepak di gazebo dan anak dara tak habis - habis bertanyakan soalan. Banyak rupanya yang bermain dimindanya.

  

Kami tak pergi pun menonton pasal terlalu ramai orang, sampai pintu pun tak dapat ditutup, mungkin lain kali kami datang lagi pada hari biasa. Terasa rugi tak dapat masuk tapi nak masuk pun tak lepas, macam mana? ahahaha..

Kami terus beratur untuk sesi memandikan gajah, untungnya ambil private tour kami diberi tempat menunggu khas, dan akan dapat peluang awal memandikan gajah - gajah tu. Yess!

Kami sempat balik ke kereta dah tukar baju anak - anak kepada baju mandi.



Sewaktu gajah - gajah nie lalu dihadapan kami untuk turun ke sungai satu persatu, gah sungguh rasanya.. kagum dengan ciptaan Allah..







Papa Tot dan anak - anak dapat jadi orang pertama yang turun kebawah untuk memandikan anak gajah.

Mereka diberi peluang memandikan, berus dan membelai anak gajah. Adik takut..






Akhirnya tamat sudah lawatan kami ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah ini, selesai tukar baju kami terus balik. Deerland mungkin lain hari, boleh datang lagi sebab tak jauh dari KL kan.

Kedua - duanya tidur keletihan didalam kereta!


Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

GPS : 3.592693, 102.144094

Jabatan PERHILITAN
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 013-9790272 Kaunter: 013-9088207
Faks: 09-279 0398
E-mel/ E-mail : necc[at]wildlife[dot]gov[dot]my