Wetotla nak kongsikan 2 restoran cina muslim yang bernaung dibawah nama yang sama tapi menawarkan berlainan konsep untuk para pelanggannya.
Qing Fang Noodle House

Wetotla kalau nak ke Restoran Cina Muslim, kami memang suka ke Qing Fang Noodle House nie, sebab dalam banyak - banyak restoran yang kami pernah pergi, yang ini agak sedap dan menepati selera kami.
Qing Fang(清芳) meaning Halal and Tasty which representing the Traditional Chinese Cuisine Handmade Ramen (手工拉面)original from China.
Konsepnya mee tarik yang tengah hangat sekarang nie, mee dibuat secara fresh dikaunternya dan terus dicelur dan dihidangkan kepada kita. 

Tang tu yang kita seronok sangat kan, sebab mee yang baru dibuat nie memang lain betul rasanya.


Harga boleh tahan sebab portionnya pun tersangatlah besar, selalu kalau kami order satu mee sup tu memang boleh berkongsi.

Kami sangat sukakan menu Beef Ramen nie, kuahnya memang jadi kesukaan anak - anak jugak. Jeruknya pun sedap, dan kalau tambah cili yang memang ada disediakan atas meja, memanglah perggh. Layan sesangat.

Yang ini harganya waktu kami makan dulu RM7.80, sekarang tak pasti masih sama lagi.


Yang ini pulak, Fried Lotus, harganya RM12 sepinggan, ada cicah. Kalau order yang nie sedap makan dengan nasi, sebab die macam lauk. Tapi terpulang kalau nak meratah sahaja macam tu.


Kat sini pun ada tawarkan harga set untuk yang datang satu family yang besar. Boleh tengok menunya dan harganya kat bawah nie. 









Qing Fang Steamboat


Pada pertengahan tahun baru - baru nie, mereka dah buka Qing Fang Steamboat pula berdekatan dengan Qing Fang Noodle House.

Kami ada datang mencuba sekali kat sini. Not bad pilihan yang ada dan juga harganya, sebab restoran nie berdekatan dengan Flaming Steamboat Danau Kota, jadi harganya lebih kurang jea. 


Ini antara pilihan yang ada, dan ada banyak lagi, cuma waktu tu handphone dah habis bateri, sempat ambil mana yang dan jea.


Parents yang ada anak kecil pasti sukakan meja mereka nie, konsep meja mereka nie, tiada api dan juga pemegang (handle) periuk tu pun tak panas sedangkan sup sudah mendidih. Jadi kurang rasa seram bila makan dengan sikecil.


Meja yang sama nie boleh terus kita gunakan untuk meletakkan makanan. Teknologi yang sangat menarik kan.


Keunikkan di sini, sambil kita dok makan, nanti mereka akan hantarkan kita sate kambing yang sudah dibakar ke meja. Setiap orang akan dapat 2 batang kalau tak silap.

Nanti datanglah untuk mencuba yea. Harap perkongsian kami nie boleh membantu anda untuk mencuba restoran yang baru dari kebiasaan.

Qing Fang Noodle House

Alamat : 19 & 20 Platinum Walk (Jalan Langkawi), Setapak, Kuala Lumpur
Tel : 03-4144 3119
GPS : 3.206678, 101.719610

Waktu Operasi : 11 pagi - 12 tengah malam.

Qing Fang Steamboat

GPS : 3.207221, 101.718664