Kami nie agak memilih bila nak makan sotong goreng tepung, tak mahu yang jenis macam bersalut cekodok dibahagian luar, nak yang lekat pada sotong dan garing. Nak menggoreng sotong pun kena ada caranya, kalau tak memang meletup - letup didalam kuali dan tepung tak lekat pada sotong tu, habis tinggal serdak dalam minyak.


Bukan apa, nak sampai kami dapat cara yang betul nie, pelbagai cara kami dah guna, hampir kecewa. Sampai lah ada menonton satu rancangan travel ke Thailand, dan tukang masak disitu ajarkan cara yang betul. Alhamdulillah, selepas dicuba memang menjadi!

Jadi kalau ada perancangan nak masak tomyam minggu ini, apakata anda cuba tambahkan menu dengan Sotong Goreng Tepung Rangup ini yea. Mesti meletup kebabom kombinasinya.

Jom tengok apa yang perlu disediakan.



5 ekor sotong di potong 3 setiap satu
1 biji Telur
2 senduk minyak masak
1 periuk kaca yang dalam
3 sudu tepung goreng serbaguna








Pecahkan telur kedalam mangkuk dan pukul sehingga mengeluarkan banyak buih.

Sediakan tepung serbaguna didalam mangkuk dan letakkan bersebelahan dengan telur yang telah dipukul.


Sediakan minyak didalam periuk kaca dan panaskan sehingga sesuai untuk menggoreng.

Tips : Ada pelbagai cara untuk mengetahui samada minyak sudah cukup panas, salah satunya jika anda ada chopstik, dirumah, letakkannya di dalam periuk dan anda akan lihat ada buih keluar dari hujung chopstik itu. Juga anda boleh letakkan senduk besi dan efek sama akan keluar. 



Masukkan sotong yang telah dibasuh dan dikeringkan menggunakan tisu kedalam telur dan pastikan keseluruhan sotong itu telah disalut dengan telur.


Masukkan sotong itu tadi kedalam tepung dan pastikan keseluruhan sotong telah bersalut tepung.


Terusk masukkan kedalam minyak yang panas tadi dan akan nampak kesan goreng yang terhasil dari minyak yang cukup panas. Goreng sehingga warna tepung bertukar kepada keemasan.


Toskan minyak dan boleh di hidangkan terus.


Selamat Mencuba!