Wetotla dah ketagih burger di Ana's Green Apple Burger nie, sejak pertama kali mencuba lepas tau pasal mereka dari rancangan Selera Bajet di Hypp Inspirasi tu, terus jatuh cinta. 




Selain itu mereka pun pernah keluar di Channel Friedchilles. Kire memang ramai la kot yang rasa burger mereka sedap betul macam kami. hehehe


Sekarang kalau terasa nak beli burger, kami datang sini jea, harga sangat perpatutan dan kualiti memang tip top.

Specialnya mereka ini sebab setiap burger akan diletakkan kepingan epal hijau yang bila dimakan sekali dengan daging burger, fuh memang mantap!

Harga burger paling mahal kat sini rasenye satu sahaja itupun RM9 sahaja. Kalau yang itu dah siap ada burger bertingkat ditambah dengan special cheese, telur dan sosej lagi. 

Kalau nak yang biasa, harga biasa pun ada.

Kami rekemen anda beli "kawen" yea, ada ayam n daging dikawenkan, dah tu nanti, mintak pula yang kawen special cheese, memang terserlah kesedapannya. 


Double Special Cheese
Double special cheese
Kawen special cheese
Kawen special cheese

Suka lepak tengok brader nie masak, selalunya diletakkan mustard, sos worcestershire, dan macam - macam lagi sambil memasak daging burger dalam bentuk api yang kecil. Adalah kami balik dan cuba tiru, tapi takkan dapat rasa yang sama. Memang bro nie pandai masaklah!

Boleh order melalui whatsapp, kami pernah la sekali dua order macam tu, datang tak perlu tunggu lama, cepat sikit rasa dah siap, sebab kalau tak memang ramai yang datang beli kat mereka ini, jadi selalunya agak lama nak menunggu.

Tengok dibawah sekali kami ada kongsikan no telefon mereka yea.





A photo posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on

Pada yang nak mencuba,

Ana's green apple burger

Alamat : 5424-5453 Jalan J 9, 53100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Tel : 011-1621 2071 ( boleh order melalui sms / whatsapp )
GPS : 3.212585, 101.754410

Waktu Operasi : 8:00 malam - 1 pagi