Wetotla ke MHsN Maker Fest di SDCC Shah Alam yang melibatkan kebanyakkan homeschooling family dari serata Kuala Lumpur. Ini kali pertama kami join, agak kagum kami melihat rakan - rakan homeschooling abang dan adik mempersembahkan hasil kreativiti masing - masing disini.



Seronoklah abang dan adik bila jumpa geng Minecraft mereka disini, mereka bermain menggunakan server sendiri. Masing - masing tak kenal antara satu sama lain, tapi secara normal mereka akan terus join rakan tanpa segan. Biasa untuk mereka membuat kawan dimana sahaja.


Dari menjual makanan, aksesori kecantikan dan macam - macam lagi ada di sini. Hampir kesemuanya dihasilkan oleh homeschooling kids.







Tim Inventor cilik yang menghasilkan The Pet Toilet.


Ada disediakan ruangan untuk berkarya, Minecraft lagi tu.. apelagi anak - anakku..