Wetotla ada suatu pesanan khas buat anda.

Jika anda ke Lumut Perak, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke sebuah kapal perang yang sudah dijadikan museum ini di Waterfront Lumut.
Lebih - lebih lagi kalau anda ada anak yang masih bersekolah, Sebabnya, pengalaman ini akan memberi peluang mereka untuk explore dan memahami dengan sendirinya apa itu sebuah kapal perang!

Pengalaman kami sendiri, memang kami kasi 5 bintang! 

Bayangkanlah yang proses exploration kami merangkumi dari keseluruhan 3 tingkat iaitu dari ruangan paling atas hinggalah ke bahagian paling bawah yang agak menakutkan itu. Hampir sejam kami berada didalam kapal tu. Segala ceruk ruang dan bilik kami pastikan masuk dan lihat apa yang ada didalamnya. Dari dorm untuk anak kapal sehinggalah bilik ala VIP khas untuk pangkat yang tertinggi kami tengok. Memang mengagumkan!

Apapun, keseluruhan pengalaman kami ketika di muzium kapal ini dikongsikan dalam bentuk gambar - gambar berikut..

Enjoy yea!



Saat anda nak sampai, dari jauh dah boleh lihat museum ini gagah terapung di persisiran Waterfront Lumut.


Sememangnya gah betul kedudukannya di tepi pantai, buat kami tertanya - tanya, nape ada laluan untuk ke situ, maka kami pun cublah ke sana,  waktu nie abang dan adik dah excited menengoknya.


Waktu sampai di kawasan ini barulah kami tahu yang kapal ini dibuka untuk kunjungan umum, dan ianya adalah sebuah muzium! Konpem kami nak masuk.



Bagi yang nak tahu harganya, di bahagian pintu gerbang anda dah boleh lihat harga yang tertera untuk melawat Muzium ini.


Brader yang yang jaga kaunter pembayaran tu ada diatas kapal, maka kami pun teruslah ke sana. 

Sambil berjalan nak masuk kapal pun habis dilihatnya sekeliling anak dara nie, maklumlah ini pengalaman pertama kami sekeluarga mendekati kapal perang, memang excited!


Nampak tak anak panah tu? Itu menandakan eksplorasi kami pun sudah bermula.

Ini ialah ruangan pertama yang kami jumpa.


Masuk sahaja ada tempat duduk beserta meja yang berhadapan dengan sebuah bilik yang digunakan untuk bermesyuarat.


Ada serba sedikit informasi tentang kapal ini yang akan membantu kita mengetahui tentang sejarahnya, contohnya sejak bila ianya dibila dan banyak lagi. Kalau anda nak baca di wikipedia, boleh lihat disini.


Ambil peluang bergambar dahulu, tengah excited nie.


Bilik pertama yang kami masuk ialah Thana Hall, disini ada pelbagai gambar, dokumen dan juga barangan yang digunakan semasa KD Rahmat beroperasi dahulu di pamerkan.


 


Tengoklah saiz pelurunya.. yang besar tu sama tinggi dengan budak tadika.



Selepas itu kami keluar dari bilik pertama dan menyusur ke bahagian tengah, dan berjumpalah dengan tandas ini. 


Door hatch ini menuju ke bawah iaitu dorm untuk anak kapal dahulu.

 

Ini pula bilik membasuh pakaian, siap ada washing machine lagi.


Gambar yang diambil dari dorm bawah sekali, tahukah anda kalau datang dalam group yang besar, anda boleh tidur dibahagian bawah dorm ini, ada bayaran dikenakan, lihat di penghujung cerita ini untuk senarai harga.


Tapi feeling dok kat bawah tu, memang eerie.. hahaha...


Ini ialah Kompas Gyro yang digunakan untuk memandu arah kapal semasa kapal dalam pelayaran menuju destinasi yang dituju.


Suis lama yang rasanya anak - anak tak pernah tengok.. memang cool kan?


Kuarters kru kapal, sepanjang gambar ini anda boleh lihat rekabentuk bilik mengikut pangkat anak kapal. Namun yang ini ialah Sick Bay yang mana anak kapal yang sakit ditempatkan disini.



Untungnya kami sewaktu ini tiada lagi pelawat lain, jadi kami dapat mengambil masa yang lama untuk melihat sendiri setiap ruang didalam kapal ini. 


Bengkel untuk baik pulih peralatan didalam kapal ini.


Suka tengok peralatan Fire Fighting zaman dahulu.


Waktu ini mereka masih menggunakan co2 untuk memadamkan api, sekarang dah takde macam ni.


Berehat di kafeteria dan teruskan melihat sekeliling sambil Papa Tot memberi serba sedikit info berkenaan apa yang beliau tahu.

 

Paling seronok bila kita dapat turun naik melalui door hatches untuk pergi ke setiap tingkat, memang adventure!


Sambung ke tingkat atas, kami ke bilik kawalan yang macam office, radio room rasanya. Disini kesemua peralatan tahun 70-an, memang seronok betul dapat tunjukkan pada anak - anak telefon lama, talkie lama dan banyak lagi!



Didalam kapal ini ada lebih kurang 6 dek, kini kami sudah berada di tingkat atas, iaitu dikawasan Naval Gun.



Memang pengalaman yang sangat mengujakan bila dapat duduk di tempat dimana peluru dilancarkan dari sebuah kapal perang!





Lihatlah cuaca pada hari itu, sangat cantik.




Naik selagi boleh naik, dari atas lebih cantik pemandangannya.





 


The command bridge, pretend-play bagaimana menjadi seorang kapten kapal diatas kapal yang sebenar.





Bergambar sebelum balik.


Selesai sudah pengembaraan yang sangat mengujakan diatas sebuah kapal perang. Insya Allah kalau ada rezeki, nak datang lagi pada tahun - tahun yang akan datang. Sebabnya memang berbaloi. Pelbagai ilmu ada dihidangkan diatas kapal ini.



Muzium KD Rahmat Lumut, Perak

Alamat : Jalan Titi Panjang, Lumut Perak
GPS : 4.272801, 101.051830

Bayaran masuk :

Dewasa: RM12
Pelajar dengan student card : RM7
Warga Emas (60 tahun keatas) : RM7
Kanak - kanak (7 - 12 tahun) : RM7
Kanak - kanak (bawah 7 tahun) : RM7

Seperti yang kami ceritakan tadi ada bayaran dikenakan pada mereka yang ingin bermalam diatas kapal, harga dikira per pax iaitu RM50 (tanpa makanan, minimum 15 orang)

Bagi yang nak datang dalam group yang besar, boleh sahaja hubungi syarikat yang menguruskan museum ini seperti dibawah.

Plus Asia Jaya (Perak) Sdn. Bhd.
No. 76, Persiaran Venice Sutera 1, Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Perak.
Tel: 05-6887707/ 7923 Fax: 05-6887698 Email: xrahmatmktng@plusasiajaya.com.my