Pengembaraan Penang ~ Kuala Sedim ~ Perlis ~ Langkawi ~ Sungai Petani ~ Taiping   #1

Wetotla memulakan pengembaraan lagi dan kali ini kami menghala ke bahagian utara. Niat asal hanyalah nak ke Kuala Sedim untuk mencuba pengalaman berjalan di The Tree Top Walk Kuala Sedim yang terpanjang di dunia tu. Dari satu plan maka lead to another pulak, jadi dari asalnya hanya ingin ke Kuala Sedim, nak ke Langkawi pula, dan bila memikirkan hari yang datang itu masih ada tempat boleh dilawati jadi kami jadikan Penang sebagai destinasi pertama kami.



Kali terakhir kami ke Penang ialah pada tahun 2014 dahulu bersama rakan ofis Papa Tot. Sewaktu tu anak kedua kami Nurdini masih kecil lagi, pastinya kalau kami datang semula banyak yang mereka boleh tengok semula.


Hari Pertama


Kami bertolak seawal jam 5 pagi dari Kuala Lumpur dan berhenti untuk menunaikan solat Subuh di R&R Tapah. 

Lihatlah betapa nyenyaknya anak - anak tido.. waktu nie giliran mama ke surau, kami tak bersarapan disini sebab nak bersarapan di Penang nanti.

Bawak bekal air kopi n roti yang disapu kaya dan buter, just incase mereka terbangun awal dan lapar.


Kami meneruskan perjalanan dan sampai lebih kurang pukul 9 pagi selepas melalui jambatan kedua Penang. Tak banyak kereta pagi tu, perjalanan Alhamdulillah sangat lancar.

Pulau Pinang


Seronoknya bila anak - anak tidur nyenyak sepanjang perjalanan tu, sebab bila sampai dan dikejutkan untuk bangun bersarapan, mereka dah fully recharged. Jadi bersemangat sikit bila kita nak explore tempat - tempat yang menarik di Penang nanti.

Seperti biasa adik yang bangun dulu, anak bujang masih lagi dibuai mimpi. 




Kami bersarapan di Transfer Road, yang mana ingatkan nak ke gerai yang terkenal Roti Bakar Telur Goyang Transfer Road tu, tapi kami tersalah gerai.. terberhenti awal sedikit.. patutlah tak berapa nak ramai orang macam yang famous tu, tapi still ok roti canai dan roti telur goyang mereka.

Abang mengantuk betul walaupun dah dicucikan mukanya dengan air sejuk. 


Adik pun sama..



Inilah kedai yang famous tu, yang kami terlepas. Kalau anda nak pegi, GPS: 5.420938, 100.330779.



Penang Hill / Bukit Bendera


Selesai bersarapan, kami terus ke Penang Hill atau juga dikenali sebagai Bukit Bendera. Jalan tak jem sebab ramai sudah masuk office waktu nie.

Lama sudah tak sampai, sekarang dah ada bangunan khas untuk parking! Berhadapan pulak tu, maka gembiralah kami.

Seperti biasa mesti sediakan Mykad dan Mykid untuk ditunjukkan ketika membeli tiket bagi diskaun khas untuk warganegara. Nak tengok harga tiket yang dikenakan? lihat sini Penang Hill Ticket / Service 


Sementara menunggu keretapi tu, kita bergambar dulu yea.


Sampai sudah keretapinya, orang pun tak ramai.. maklumlah belum cuti sekolah lagi. Kami cepat - cepat ambil tempat yang paling bawah.


Papa dah mulakan sesi rakamannya. Keretapi lepak lama jugak sebelum memulakan perjalanannya.



Perjalanan pun bermula dan kami mula menikmati pemandangan pagi yang sungguh indah.



Akhirnya kami pun sampai ke puncak. Nak tahu apa yang menarik untuk dilawati diatas ini?

Ada Owl Museum, Love Lock, Viewing Deck, Tempat bersejarah, tempat melukis henna, ada juga masjid, kuil dan hutan kecil untuk melihat keindahan flora dan fauna.

Kat atas nie sejuk sikit... best.


Baru jejakkan kaki di puncak, dan masih excited, maka jom kita bergambar sikit.



Muzium Burung Hantu

Tempat pertama kami lawati ialah Muzium Burung Hantu / Owl Museum. Banyak hasil karya berkonsepkan burung hantu dan juga info tentang haiwan yang comel ini dipersembahkan dengan begitu menarik dalam muzium ini.








Love Lock

Selepas itu kami naik ke atas pula.. Love Lock. Rasanya waktu datang dulu takde lagi tempat ini. Konsep ini sangat bagus untuk aktiviti pelancongan, bagi pelancong yan tak bercinta pun, pastinya beli untuk letakkan kenangan yang mereka pernah sampai ke sini suatu masa.





Rajin dieorang nak cuba membaca nama - nama yang ada pada Love Lock tu.



Selepas itu kami duduk berehat dan beri mereka peluang bermain sebentar disini.


Kali ini kami tak naik ke atas, tapi kami tersukan ke Viewing Deck untuk melihat panorama Penang dari Penang Hill ini.

Harga untuk sekali tengok kalau tak silap RM1. 


Seperti biasa anak dara nie amat sukakan bunga - bungaan. Sambil kami ingin turun semula, sambil tu beliau akan berhenti untuk melihat jenis - jenis bunga yang berlainan satu demi satu.


Selepas itu kami turun terus dan pergi makan tengah hari.

Toy Museum

Selepas selesai semuanya, kami ke Toy Museum. Ini sudah dikirakan tempat wajib untuk kami datang, maklumlah Mama dan Papa tak boleh nak belikan mainan banyak - banyak.. maka kita layan sahaja kat Toy Museum ini dan kagumlah pepuas yea.

Tahukah anda, Toy Museum di Teluk Bahang Penang ini ialah Toy Museum terbesar didunia?


Siapa sangka yang muzium ini mempunyai hampir 110,000 jenis mainan dari permainan sikecil, hinggalah ke kategori collectible items yang berharga ribuan ringgit.

Sebab tu sewaktu didalam ini, Papa Tot yang lebih bersemangat nampaknya. Lagi - lagi banyak koleksi baru dipamerkan berbanding sebelum ini.



Selesai sahaja melawati keseluruhan muzium ini, kami terus keluar dari pulau. Kami dah book online sebuah hotel bajet di Seberang Perai dengan harga RM60 sahaja untuk 1 malam. Jadi kami nak terus  check -in dan berehat. Juga settlekan solat dahulu sebelum keluar pada waktu malamnya berjalan - jalan lagi.

Bagi yang berminat nak pergi ke tempat yang kami lawati tadi tu, boleh tengok sedikit info berkenaan dibawah. 

Muzium Burung Hantu / Owl Museum

Waktu operasi : Hari Biasa ~ 9.00am - 7.00pm | Sabtu & Ahad dan Hari Cuti : 8.00am - 9.00pm
Bayaran Masuk : Dewasa RM12.00 | Warga Emas RM6 | Kanak - Kanak (7 tahun ke atas) : RM6
GPS : 5.4154° N, 100.2739° E

Toy Museum Heritage Garden

Alamat : 1370, MK2, Teluk Bahang,11050 Penang. (Belakang sekolah SJK (C) Eok Hua School)
Waktu Operasi : Setiap hari 9.00am - 6.00pm
Bayaran Masuk : Dewasa RM16.00 | Kanak - Kanak RM11
GPS : N5 27.962 E100 17.511

Hotel Sun Stay Inn
Alamat : No 8, Jalan Perai Utama 2 | Taman Perai Utama, Perai 13600, Malaysia
Tel : 60 4-384 1217



sambungan : Pengembaraan Utara  #2