Pengembaraan Penang ~ Kuala Sedim ~ Perlis ~ Langkawi ~ Sungai Petani ~ Taiping   #1

Hari keempat


Hari ini kami rancang untuk ke Underwaterworld Langkawi sebelum balik. Jadi pagi tu kami ke Pantai Cenang dahulu, nak kasi anak dara main pasir sepuas-puasnya.

Si abang bangun lambat sikit dan join kemudian. 

Selesai bergembira di tepian pantai, kami pun balik ke bilik dan bersiap - siap untuk checkout dan terus ke Underwaterworld.

Underwaterworld Langkawi

Memang best betul kat sini, kami amat sukakan kesemua binatang - biatang yang dipamerkan, segala hidupan laut dan juga burung - burung semua.

Cuma kami agak kurang suka bila staff mereka dibahagian enterance sibuk nak ambil gambar, dan bila kita kata tak mahu sebab dah ada kamera sendiri, masih lagi mereka nak jugak - jugak. Kami perhatikan setiap orang yang datang akan buat muka kelat bila ditanya berkali-kali, kecuali mereka yang memang nak ambil gambar.

Memang kami perasan sekarang dimana-mana tempat tarikan pelancong trendnya begini, cuma disini agak rimas bila kita dah jawab tak mahu mereka masih lagi dok bertanya. Tempat lain sekali jawab sahaja mereka faham dah.

Tapi selain itu, kami memang sukakan tempat nie, untuk anak - anak memang happy sangat terutama anak dara kami yang amat meminati pelbagai haiwan. Untuk beliau, kalau masuk ke tempat ini seperti ke playground. Langsung tak mahu lepaskan setiap apa yang dipamerkan. 

Kami rasa berbaloi sangat datang sebab ilmu yang kami semua dapat lebih dari itu. Harga pun ok.