Mungkin ada yang tak kisah, tapi kami tersangatlah kisah pada video mengarut ini jika ditonton oleh anak - anak kami. Sebabnya ntah apa - apa yang diajarnya dan menjurus anak - anak untuk berfikiran pelik seperti video - video mereka tu.

Ada yang bertanya tentang bagaimana nak blok kalau menggunakan apps. Kata kami uninstall sahaja apps tu dahulu selagi YouTube Kids tak dienable di Malaysia. Buka sahaja dari browser supaya apa yang mereka lihat itu boleh dikawal sebaiknya.

Maka, 

Cara - cara nak block video yang tak sesuai untuk anak - anak tonton walaupun dah set ke Restricted Mode.

Langkah demi langkah macam mana nak setup, cari dan blok satu persatu channel. 

Memang mengambil masa block kesemua video tu, tapi luangkan sehari dalam 1/2 jam jea pun ok untuk tengok dan pantau apa yang anak - anak kita akan tonton. Sangat Berbaloi.


Langkah 1 : Cari nama extension Video Blocker Chrome.


Langkah 2 : Pilih result yang dalam kotak tu.


Langkah 3 : Add to Chrome.



Langkah 4 : Search nama video yang merapu nie, guna keyword Elsa and Spiderman nie memang keluarlah segalanya.


Langkah 5 : Tekan Right-click dimouse pada nama channel.



Langkah 6 : Pilih seperti yang tertera di gambar. Cuba block, dan kalau tak jalan, (ada sesetengah channel tak menjadi) maka lihat gambar seterusnya.


Langkah 7 : Cuba highlight nama channel dan...



Langkah 9 : Klik pada icon video blocker dan add secara manual. 

Selamat mem-block!