Wetotla makan kat sini secara tidak dirancang sebenarnya, kami saja jea malam tu plan nak makan diluar, dan since selalu ke arah Taman Melawati, Wangsa Maju, kami nak cuba sebelah Sentul pula. Jalan punya jalan, kami pun ternampaklah Restoran Burger Bytes nie.


Tengok tak ramai sangat orang, jadi bolehla kami mencuba. Nampak deko restorannya pun cantik, gaya industrial gitu, maka kami pun singgah-lah.

Tempatnya bersih, ini selalunya yang kami jadikan panduan untuk mengorder. Maklumlah kebersihan tu kan tersangatlah penting kalau kita nak makan kat luar nie. Memandangkan ianya cantik dan bersih, maka kami pun mulalah melihat menu.

Mak aii.. dalam menu tu, macam - macam ada. Harga pun OK. Nak kata mahal, sebab tau harga barang pun tersangatlah mahal kini, maka logikla apa yang dicajkan tu, dan nak kata murah pun kira murah dari makan grilled burger di restoran lain.

Maka kami order, Lamb Burger, Classic Naked Burger, Cheese Burger, Carbonara dan Nachos with Salsa. Air kami order satu jag air buah dan satu sirap.

Makanannya cepat betul siap.



Waktu kami had our first bite, kami hanya mampu berkata wow! Yang pastinya daging burgernya itu homemade, dan takde rasa ketul - ketul tu. Yang kami amatlah alergik bile termakan.



Anak bujang pun puji burger nie. Untuk pengetahuan, anak bujang memang suke sesangat burger. Tak kisah burger dari mana - mana restoran atau gerai dia pasti suka. Lagi - lagi yang dimasak dirumah, kalau boleh dia nak makan hari - hari. Tapi kalaulah burger tu rasa lain, seperti memang tak sedap langsung dia akan cakap.

Tapi di sini, anak bujang cakap sedap sangat.

Pendek kata makanan kat sini semuanya sedap - sedap. Air buah pun sama pun meletup. Saiz gergasi lagi tu.. siap boleh share jea air nie..


Besar tak besar la saiznya, it's bigger than botol sos tu!





Kesimpulannya, kami nak datang lagi nanti. Nak cuba yang lain pulak.



Waktu nak menulis nie, cuba cari video di YouTube, wahh siap Zizan Razak pun ada. Memang patutla sukses begini bila kualitinya amat terjaga.

Pada yang belum cuba lagi.. trylah yea.. ini kami memang review sebab kami amat berpuas hati. Yang tak puas hati, kami komen dalam Foursquare sahajalah..



Burger Bytes 

Alamat : No.832, Jalan Taman Dato' Senu, 
Taman Dato' Senu 51000, 
Sentul Pasar Kuala Lumpur
Tel : 1-300-22-8686
GPS : 3.195414, 101.693413

Waktu Operasi : Isnin - Ahad 6.00pm - 1.00am

Ada lagi lokasi lain, anda boleh lihat di website mereka. www.burgerbyte.my