Wetotla terjumpa klinik ini melalui google setelah mencari klinik pakar untuk anak bujang kami yang ada masalah kulit. Yang lucunya, bila dah sampai ke sini, baru perasan yang kami selalu nampak kliniknya dari MRR2 tapi tak pernah tengok betul - betul yang ianya klinik pakar kanak - kanak.


Kalau anda ingat pada Restoran Ikan Sungai yang famous satu masa dahulu, dekat situlah tempatnya.

Kami pernah pergi ke klinik pakar kanak - kanak di wangsa maju yang ramai jugak dah pernah pergi tu, tapi pernah ada memori kurang gembira dengan doktornya. Waktu tu doktornya agak penat, baru sampai kamilah patient pertama, maka sekerek - kereknya kami dilayan. Waktu tu anak bujang baru berumur setahun. Kami serik.

Jadi kami ke klinik ini dengan harapan doktornya baik - baik belaka.. 



Alhamdulillah, daripada staff hinggalah ke doktor, sangat baik dan professional. Waktu kami datang tu kami nak check kulit abang yang bermasalah, tapi doktor dapat jugak detect resdungnya yang semakin teruk. 

Doktor sangat bagus, bila anak bujang nak bercakap dengan mama Tot waktu beliau terus berikan penerangan, beliau terus diam dan minta saya beri ruang untuk anak bujang cakap dahulu. 


Untuk hari itu, kami dapat banyak jugak ubat - ubatan. Khusunya untuk kulit abang yang disyaki dijangkiti kutu badan, dan juga beberapa ubat untuk resdung. Harga yang dicaj, dikirakan berpatutan sebab dapat segala jenis ubat, dari ubat makan, ubat sapu, ubat mandi, dan untuk dispray pada hidung dan memandangkan ini ialah klinik pakar.


Kami gunakan kesemua ubat tu, dan resdung abang semakin elok. Memang nampak abang semakin senang bernafas dan kurang bersin pada waktu pagi. 

Cuma kulit abang yang masih tak baik - baik walaupun kesemua ubat sudah habis. Masih ditahap yang sama, jadi kami ada ke pakar kulit kanak - kanak  di Jalan Genting Klang pula, dan Alhamdulillah selepas habis penggunaan ubat - ubatan doktor baru ini pula, kulit abang nampak elok sangat, macam tumbuh kulit baru pada kulit yang menggerutu dan mengelupas tu. Rupa-rupanya bukan jangkitan dari luar, tapi dari darah beliau sendiri. 


Jadi apapun, klinik Dr Hasmawati nie tetap bagus pada kami. Mungkin bagi yang nak mendapatkan rawatan untuk sikecil disini, boleh lihat detail lanjut dibawah yea. 

Klinik Pakar Kanak - Kanak Desa Melawati, Dr. Hasmawati.

Alamat : No. 21, Jalan 2/4C, Desa Melawati, 52100 Kuala Lumpur

Telefon : 03-41051962

Waktu Rawatan : 

Isnin - Jumaat : 9am - 1pm / 3pm - 10pm
Sabtu : 9am - 1pm
Ahad & Cuti Umum : Tutup.