Wetotla nak rekemen kedai favourite kami sekeluarga iaitu Mee Tarik Sulaiman di Danau Kota,  Nak tepat, lokasinya sederet dengan dengan kedai RSMY Naan Cheese yang famous tu.


Dulu kami dah pergi ke banyak jugak kedai mee tarik nie, sampailah kami dah terjumpa kedai mereka nie, memang lepas tu banyak kali kami repeat kat sini jea. Sebabnya mee tarik tu sedap, lagi - lagi yang part sup tu, tak rasa pelik sangat, sesuai dengan tekak melayu. Lagi satu pasal harganya yang berbaloi. Air dikira free tau, tapi bukan semua air. Kalau setakat teh, kopi tu free jea.. 

Pernah datang tapau, sambil tunggu pun dihidangkan air sirap, time lain tu pulak air teh. Memang jenis tak berkira kedai nie. 

Respek.


Pernah sekali wetotla datang bawak mak dan ayah sekali, ayah dah agak uzur, jalan berpimpin, waktu kami masuk sahaja kedainya, terus staff dia pimpin tangan ayah sebelah lagi. Kami kagum sangat. 

Sebab selalu kami bawak mak ayah makan kat kedai diluar. Tapi pertama kali aksi spontan tu berlaku. Selalunya mereka hanya akan tanya jea.. macam "ok ke tuu", "boleh ke pakcik" ataupun buat tak tahu jea.. 

Jadi untuk kami, pengalaman macam nie buat kami terharu dan respek sangat - sangat kat staff mereka. 


Oklah, kalau nak order, boleh cuba apa sahaja, semuanya unik dan sedap.




Harga memang sangat berbaloi kan? Kalau RM6.80 tu boleh dapat free air tau. Kalau anda student ataupun ada anak ramai elok sangat makan kat sini. Boleh berjimat.



Pilihan air Free... 


Pilihan perasa tambahan, nak pedas atau masin.


Favourite anak - anak, with Eggs & Tomatoes




Selamat menjamu selera.


Restoran Mee Tarik Sulaiman

Alamat : 58, Jalan Danau Niaga 1,
Crystal Ville, 53300 Kuala Lumpur.
Email : 
Tel : 03 41443699
Waktu Operasi : 11 pagi - 11 malam (Isnin - Ahad)

Cash Sahaja.