Wetotla ke Bukit Gambang Resort City untuk membawa abang menikmati hadiah harijadinya yang ke 7. Pakej yang dibeli di Groupon ini memberikan kami menikmati 2 hari 1 malam di sini termasuk 2 tiket dewasa ke Safari Park. 

Untuk pakej ini, memang kami terasa amat berbaloi. Untuk kami sekeluarga, tersangatlah enjoy!

Cuma dari segi pengurusan BGRC nie, kami rasa agak kurang bagus pada, sebabnya ini bukan kali pertama kami berurusan dengan pakej di Groupon. 

Dari urusan email yang mahu tak mahu dijawab secepat mungkin hinggalah ke pakej yang kami minta pun tak dapat, kenapa kami cakap macam tu, berkenaan email sahaja, selepas 2-3 hari barulah dijawab... ada yang sampai 5 hari! 

Itupun kami dah puas resend email yang sama. Yang lucunya sebab kami dapat email auto responder mereka yang kata akan reply dalam masa 24 jam.. haih..

Pakej pun, kami mohon waterpark, tapi diberinya safari park, bila ditanya ingin ditukar, mereka diam sahaja berhari - hari. Bila kami buat keputusan nak datang awal sehari dan beli sahaja tiket waterpark sendiri, dan kami emailkan boleh proceed dengan Safari Park, barulah email kami dijawab. Aduhai.

Saat checked in, kami agak teruja pasal kami dapat upgrade ke Arabian Bay yang mana lebih mahal, Tapi nasib tak baik, masuk bilik bila buka Air Cond, bilik trip dan kami terpaksa menunggu urusan maintenance dan masuk ke bilik baru dalam masa 1/2 jam. 

Kesimpulannya, kami suka datang ke waterpark dan safari park nie, tapi mungkin tido hotel terdekat sahajalah.. lebih senang berurusan.

Jom tengok apa yang best sangat kat sana.







Untuk ke Safari Park, kita akan dibawa menaiki tren dari Hotel, dan seterusnya masuk dan akan melalui jalan ini, cantik kan.





Masuk kat sini, ada perkarangan rumah kampung dengan pelbagai haiwan yang selalu ada kat kampung. Satu pengalaman baru dan menarik bagi anak - anak kami. Kat sini boleh pegang kesemua haiwan yang manja - manja.. kalau berani, angsa pun boleh pegang.



Tengok tu, betapa manjanya dia..



Arnab yang tak perlu di kurung habis pun.. jinak betul.



Naik atas rumah, ada mesin tenun, bagusnya.. puas la bertanya anak - anak kami tu.





Kat kawasan reptila nie, yang jenis baik - baik belaka, takde kurungan ke ape.. terbuka macam nie, dan mereka buat dek jea dengan kita.


Kami berehat sekejap untuk tengok animal show



Selesai tu, kami berjalan - jalan dan ambil peluang beri beruang makan. Beli roti sambil menderma dan bagi makan kesemua beruang dikawasan ini sehingga habis.




Abang dan adik nak benar naik unta nie, sampai sanggup kami berpatah balik untuk bagi mereka merasa pengalaman nie. Asalnya kami nak mereka naik waktu balik dari Savannah, time tu unta baru makan, jadi kami turun berjalan dulu dan naik semula. 





Tiket yang dibeli, boleh datang semula pada waktu malam untuk lihat pertunjukan api pada bahagian malam, juga ada night safari. Kami datang semula malam tu, dan dapat tengok kesemua pertunjukan. Memang sangat berpuas hati kami pada hari tu. 

Tempatnya sangat luas, kesemua binatang nampak sangat sihat dan terjaga. Seluruh kawasan safari juga kelihatan sangat bersih.

Kami pasti akan datang lagi!


Bukit Gambang Resort City

26300 Gambang, Pahang Darul Makmur
Tel: +609-548 8000 Fax: +609-548 6158
GPS : 3.703174, 103.047905
Email: enquiry@bgrc.com.my
website : www.bgrc.com.my