Wetotla seronok sangat bila dapat mencuba Pekan Station yang terletak di kampung ditengah bandar iaitu Kampung Baru. Ini kerana setiapkali kami nak berhenti nak mencuba, pastinya tak ada parking space. Aura kedai nie memang dasyat sebab setiap kali kami lalu pastinya penuh!

Kebetulan kami lalu pada pukul 6 petang disini dan nampak ada satu parking kosong maka dapatlah kami mencuba masakan disini.


Waktu kami sampai tu, memang tak ramai orang langsung, jadi mudah betul nak order. Staff pun semua ok belaka, friendly.


Order kami secepat kilat dibuatnya, air tiba ke meja tak sampai 10 minit.


Kami order mushroom soup untuk anak - anak, kata mereka soup tu sedap, tapi roti tu agak kurang pada kami, terlalu keras, garlic bread memang keras, tapi yang ini rasanya jenis roti yang dipakai tu tak sesuai. hehe.. 

Jadi kalau nak order bolehlah order separately yea.




Mama Tot order Chicken Cordon Blue, nampaknya yang versi ini, cheesenya di bahagian atas, tapi tang kualiti... memang boleh kasi 5 bintang! sedap weh.

Gorengannya elok, rasa crispy saat mengunyah tu, gravy pun sedap. Waktu nie memang kami taulah kenapa ramai benar orang datang.


Papa Tot pulak order Mixed Grilled Pasta. Yang ini pun memang kasi two thumbs up! Ayamnya tu rasa macam kita grilled sendiri saat pergi camping ditepian sungai. Perapan yang meresap kedalam isinya dan juga cara api dijaga jadi ayam tak hangus tapi masak hingga ke dalam. Puas hati kami.


Ada ayam dan juga daging diletakkan diatas pasta.


Kat sini ada Kid's Menu, dan inilah dia, gah betul saiznya kan, sampai kami terpaksa bungkus makan kat rumah. Tak habis.



Adiknya share makan dengan semua, semua dia dapat rasa. Abang suka jugak chicken chop tu, tersenyum lebar dia.


Yang paling kami kagum sewaktu membayar bil, sangat berbaloi, boleh dianugerahkan kedai harga patut!

Fahamlah kami kenapa ramai orang, servis dan makanan tip top, harga pulak mesra rakyat. 

Memang kami nak datang lagi kalau ada peluang.

Pekan Station Kampung Baru
Lokasi : 61, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Malaysia
Telefon : +60 10-796 0648
Waktu beroperasi : Setiap Hari / 6pm–1am
GPS : 3.165398, 101.709130