Wetotla memang suka sesangat gulai ikan masin Kelantan style nie. Sebabnya mungkin telah dibiasakan dari kecik, jadi selalulah makan.


Bila dah biasa buat sendiri, asalkan terjumpa jea ikan masin yang menarik macam ikan kurau tu, jadi pesta gulai ikan masin berminggu - minggulah jawabnya.

Papa Tot dari tak pernah makan seumur hidup katanya, sekarang dah siap kecur bila menu nie dihidangkan. Cara kami nie agak pedas, kalau nak kurangkan.. tukar samada cili giling ataupun pakai sebiji sahaja cili padi tu yea.. 

Selamat mencuba!







Ikan masin - anda boleh guna samada talang, kurau, sepat, kembong (rendam dulu)

4 biji Cili padi (ditumbuk)
2cm Kunyit hidup - (ditumbuk)

Nenas - dihiris besar,
300 ml Santan
Asam 3 keping
3 batang Serai (ditumbuk kasar)





Masukkan kesemua bahan tumbuk, serai, asam keping, ikan kering dan santan cair kedalam periuk dengan api kecil dan biarkan ianya mendidih seketika.

Masukkan santan, Kecilkan lagi api, kacau pelahan.

Biarkan sehingga mendidih sekali lagi, dan kacau perlahan - lahan sehingga ianya mulai pecah minyak.

Hidangkan.