Waktu mama tengah menjahit tilam yang dah koyak sikit, anak dara sibuk memerhati sampai dari berdiri hingga duduk. At last dimintanya untuk buat jugak. Mama Tot memang ok jea, biarkan dia sambung terus menjahit dan hanya lihat. Mama Tot langsung tak kacau dan cuma menunggu kalau dia nak bertanya. Nampaknya ok sahaja. Biarkan dia terus menjahit sehingga habis.


Dalam pada itu, seperti biasa mesti hantarkan video pada Papa Tot untuk tengok aktviti pembelajaran harian anak dirumah.


A video posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on

Rupa-rupanya Papa Tot menjadi begitu bersemangat bila melihat minat anak daranya untuk menjahit, katanya untuk 1st time sangat bagus cara menjahit tu. Katanya lagi ingin sekali anak dara mengikut jejak langkahnya. 

Untuk pengetahuan, jahit langsir, repair baju, dan even tudung dan baju anak - anak pun Papa Tot yang jahitkan selama ini. Jarang sekali kami hantar kedai.. dulu repair jeans sahaja hantar, sekarang itupun Papa Tot dah boleh buat. 

Papa Tot sebenarnya ikut kepandaian arwah bapa mertua yang pandai menjahit. Arwah abah seorang polis tapi sangat setiap kali raya pasti projek langsir berjalan. Setiapkali juga Papa Tot dan adik beradik akan turun membantu pegang kain, gunting dan macam - macam lagi. Dari situ minat dan skil menjahit dipupuk hinggalah sekarang sampai segalanya pasti beliau nak cuba.


Maka malam tu Papa Tot pun tanya kalau adik nak belajar jahit purse, maka pucuk dicita ulam mendatang buat anak dara kami tu. 


Mula - mula belajar masukkan benang pada jarum.

Kemudian belajar menggunting kain mengikut saiz yang diinginkan.


Belajar tandakan dimana kawasan nak jahit.


Mula mejahit.

Teruskan menjahit sehingga ke hujungnnya, Papa Tot ajar untuk jahit dengan cara yang betul.

Dah siap, tadaaa... 


Bila diterbalikkan jadilah purse adik, lepas nie nak tambahkan butang pula kata Papa Tot.. tapi adik dah penat dan kami berhenti disini. 


Apapun ini satu skill yang bagus untuk anak - anak kita pelajari, baik anak lelaki ataupun perempuan. Nanti kalau terdesak tahulah macam mana nak jahit butang, tampal koyak dan macam - macam lagi. Mama Tot pun kena belajar jugak supaya takdelah harapkan Papa Tot jea bila nak repair baju anak.. hehe.







FOLLOW Wetotla di Instagram