Bagi yang bercuti ke Gold Coast Morib yang terletak di Banting, jika nak cuba masakan sedap bolehlah ke Restoran Warung D'Bunga Emas ini yang terletak ditepi jalan besar di Kancong Darat. Gerai dibuka seawal pagi untuk menjual sarapan hinggalah ke waktu tengah hari. 
Bagaimana kami tahu tentang restoran ini? Pastinya dari Foursquare. Disebabkan beberapa kali kami dapat kedai yang tak berapa nak sedap bila main terjah berhenti, cubalah tengok dalam Foursquare jika ada yang menarik. Maka kami pun terjumpalah gerai ini.

Kedai ini menghidangkan menu pantai timur namun banyak jugak menu jawa, dari laksam, nasi kerabu, dagang hinggalah ke sambal tempe dan macam - macam lagi ada disini.

Kalau datang waktu tengah hari, bersusun orang, maka kami selalunya datang dalam pukul 11- 11.30 pagi macam tu, jadi tak ramai sangat orang.






Kali pertama datang kami hanya makan lauk pauk biasa, cuma baru - baru ini kami perasan yang disitu ada menghidangkan menu Ikan Patin Masak Tempoyak yang mana menggunakan Patin Sangkar.

Kami pun cubalah order satu. Wahh naik juling biji mata dengan kesedapannya tu! Ada pilihan ikan dari kepala, badan dan ekor. Kami pilih badan, harganya RM13 untuk satu claypot tu. Kami yang hantu tempoyak nie hirup kuahnya sampai habis.

Selama kami di Gold Coast Morib memang mesti lunch kat situ dan sampai hari balik tu kami tapau lagi untuk mak dan ayah di Keramat.

Untuk sesiapa yang nak datang, highly recommended untuk cuba restoran ini. Lauk pauknya kami rasa 100% sedap.




Depan restoran ini pulak ada cendol, jadi memang ngam sangat kalau datang lunch waktu tengah bahang membara tu.





Order Cendol Durian tu, RM5 sahaja dan boleh tahan rasanya.



Restoran Warung D'Bunga Emas Selera Pantai Timur

Alamat : Kampung Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor, Malaysia
Koordinat GPS : 2.796587, 101.490532









FOLLOW Wetotla di Instagram