Wetotla kalau buat spaghetti jarang sungguh guna daging lembu. Dalam setahun tu, adalah sekali dua dimasak dengan minced beef. Sebab apa tau, bila dah cuba buat sekali menggunakan daging kambing, memang terus jatuh cinta dengan kesedapannya tu.


Untuk resepi kali ini, Mama Tot tak gunakan bahan - bahan tambahan dalam tin, macam spaghetti mix Prego / Kimball ataupun Tomato Puree. Kali ini kami beli buah tomato banyak - banyak dan hancurkan untuk dijadikan sos.


Sebenarnya resepi kali ini agak berlainan, pasal terpengaruh dengan sebuah rancangan Reality TV yang kami tonton di Iflix iaitu Kitchen Nightmare USA dimana Chef Gordon Ramsay marah betul kat owner restoran ala Italy yang menggunakan bahan frozen dan tin untuk memasak. Lalu beliau datangkan seorang Executive Chef dari sebuah restoran Italy yang terkenal, dan beliau ada memasak sos spaghetti menggunakan fresh tomatoes

Seperti biasa bila dah terpengaruh, mulalah nak mencubakan. Sebab tengok owner restoran tu lepas dah makan yang kategori fresh nie terus kata die dah tau kenapa pengunjung kedai dan Chef Gordon Ramsay kata makanan mereka macam 'crap'. Erk. 

Terliur pulak waktu tengok mereka dok kagum dengan kesedapannya tu!

Maka Mama Tot pun mencubalah pula menggunakan resepi kami yang sudah biasa tu, cuma ditukar dari tomato puree ke tomato fresh yang di kisar.

Tiada tambahan sos tomato seperti selalunya jadi warnanya tak nampak meriah dan nampak agak kering. Tapi tang rasanya, memang sedap! Lebih sedap dari yang kami makan selalunya tu. Tambahan pulak ada rasa daging kambing. Memang kombinasi terbaik.

Rasanya kami dah boleh tukar cara masakan kearah yang lebih baik dengan menggunakan bahan - bahan fresh sahaja. 




1 paket spaghetti
500 g daging cincang kambing
15 biji buah tomato (diblender hingga halus)
2 biji bawang besar holland (didadu)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato (dihiris nipis)
10biji tomato cherry
1/2 biji lobak merah (dipotong dadu)
3-4 biji cendawan butang (dipotong dadu)
1 1/2 cawan air
1/2 cawan senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu
Oregano atau Mixed herbs
Gula dan garam secukup rasa




Rebus spaghetti dan tambah sedikit garam. Untuk lebih sedap masukkan 1 sudu besar butter. Keluarkan apabila spaghetti sudah lembut dan toskan.

Bagi membuat sos bolognese, mula - mula tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan oregano fresh yang telah dihiris sehingga naik aromanya.

Kemudian masukkan daging cincang dan kacau sehingga warna daging bertukar keperangan.

Kemudian, masukkan buah tomato yang dihiris, lobak merah dan cendawan butang, kacau hingga lecur kesemuanya dan selepas itu, masukkan tomato yang telah diblender dan kacau sehingga nampak sebati dengan daging tadi. Barulah tambahkan air dan susu dan kacau. Tambahan mixed herb pada sos.

Biarkan sehingga mendidih dan kuah nampak sedikit pekat. Garam tambahkan sedikit sahaja, gula untuk neutralkan rasa masam tu.

Hidangkan dengan Parmesan Cheese untuk sedikit rasa masin. 



TIP : kalau untuk anak - anak, saya akan letakkan cheddar cheese antara pasta spaghetti dan sos yang panas tu. Gaulkan dan ada rasa cheezy yang buat budak - budak lebih suka!

FOLLOW Wetotla di Instagram