Atas permintaan rakan, kami kongsikan sedikit info berkenaan openwardrobe yang kami diy dengan kos yang amat rendah.


Sebenarnya kesemua ini ialah dari rumah lama.. kami cuma pasang balik disini.

Jadi harga kami tak letakkan sebab pastinya harga jauh berbeza dengan kos 7 tahun lepas 😅😅😅

▶openshelves ini menggunakan kayu yang boleh dibeli di hardware. Anda cuma perlu ukur dan berikan saiz pada kedai kayu dan mereka akan potong secukupnya.



▶bracket L shaped yang juga ada di hardware. Tak silap Rm3/sebatang. Warna asal hitam.



▶Bagi penyangkut baju, beli batang besi dan penyangkutnya  seperti dalam gambar.



▶shelves comey lotey tu dipakukan pada #steelband. Itu tambahan untuk letakkan barangan kecil seperti baju dalam, stokin dsb.


▶apabila siap semuanya lebih cantik dicat warna yang sama dengan dinding.. akan nampak kemas dan cantik.