Makanan Korea Halal paling authentic yang kami pernah rasa...

selalunya pergi makan di restoran Korea halal still rasa macam masakan tempatan 😅😅😅

Tapi kat sini dengan environment cafe dan rasa masakannya.. rasa macam dah kat Korea.

 

Tempat makan di tingkat dua.. jadi kena naik tangga tu sikit. Kalau macm kami bawak mak yang bertongkat, agak susah mak naik naik. Jadi kalau ada bawa warga emas yang ada masalah, mungkin faktor nie boleh diambilkira.

Tapi sebab mak dah terlalu suka pada makanan Korea.. sanggup tu naik tangga, esoknya sakit lutut pun takpa.. hahaha 


Kat sini ada ruang untuk kanak - kanak bermain.. memang seronokla budak budak nie...


Kata tuan kedai, beliau pernah tinggal bekerja disana dan resepi masakan beliau diturunkan oleh ibu angkatnya yang berbangsa Korea.

Untuk kami, paling sedap tak ingat ialah Kimchi Jiggjae... lauk pauk langsung tak berkira.. meriah tak hinggat!

Bulgogi pun sedap.. terasa daging tu dah mesra dengan perapannya..

Jajangmyeon jea macam tak menyengat tapi itu mungkin sebab tekak kami 🤓🤓🤓

Harga pun tersangatlah OK.. serius kami ingatkan lagi mahal dengan portion yang besar dan banyak tu..




 




MILK MOUSTACHE CAFE
5-2, Jalan Putra 2, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia