Ini ialah meja makan hasil DIY dirumah kami. Papa Tot buat sendiri dari kayu terbuang dan ambil masa dalam sebulan untuk siapkan, sebulan pasal nak order batang paip, ketam kayu dan buat selepas waktu kerja sahaja.



Dari kayu terbuang yang digunakan sebagai kotak pembungkus barangan industri asalnya. Saja kami ambil part yang banyak lubang2 tu untuk nampak lebih menarik dimata kami 😎.



Meja ini disapukan wood stain / wood finish

Tips guna yang warna gelap.. nampak gah sikit 😜

Kami beli wood stain ini di Ace Hardware. Pastikan anda sapukan 2-3 kali untuk nampak cantik.


Kakinya ini guna batang paip G.I. Anda boleh boleh beli di mana - mana hardware yang nampak banyak jual batang paip besi tu.

Waktu beli batang paip tu, terus mintak ikut ukuran dan buatkan gigi pada part yang nak disambungkan dengan elbow. Mereka akan buatkan.