Ini ialah resepi sambal belacan cara mak.. sedap dimakan dengan ulam - ulaman samada raw ataupun telah dicelur.




blend dulu cili api segenggam.. campur warna merah dan hijau.. ketepikan

goreng tanpa minyak
cili besar 2 warna
1 biji tomato
besar ibu jari asam jawa
1/2 bawang besar
besar ibu jari belacan




masukkan bahan goreng dengan bahan blender tadi dan masukkan juga

1 sudu kecil gula merah
2 sudu kecil garam
perahan 1biji asam limau nipis / kasturi


blender berperingkat.. 

masukkan satu demi satu dan blend.. 
konsep mak untuk cantik nampak cam tumbuk.. 
ada yang kasar dan ada yang halus...

dah siap masukkan dalam balang dan buat stok nyicah sampai habis.. 😊😊😊