Selamat Tahun Baru!

Wetotla dah lama tak menulis sejak berpindah ke rumah baru, salah satu kekangannya ialah dirumah baru kami ini tiada internet.. haha..

Dulu sewaktu dirumah lama, kami ada Unifi. Bila berpindah kami cuba nak masukkan dirumah baru, malangnya tiada lagi dikawasan kami.


Fasa satu dah ada, fasa kami yang ke-3 tak ada walhal sebelah menyebelah. Jadi cuma gunakan data dalam handphone. Bila guna handphone agak leceh nak menulis sebab menaip agak lembab.. kalau menaip di komputer lain feel-nya kan.. jadi berdiam diri untuk jangkamasa yang agak lama..

Macam - macam berlaku dalam tempoh tu.. Arwah bapak pergi meninggalkan kami, kelahiran anak ketiga dan selama itu jugak kami tidak kemana-mana selain mama tot menemankan ibu ke hospital sahaja. Tiada jalan - jalan roadschooling, hanya belajar dirumah buat anak - anak.

Dipendekkan cerita, mujurlah line Digi agak cantik disini, maka kami mengambil keputusan untuk dapatkan broadband Digi maka mama tot dapatlah menyambung perkongsian di blog ini.

----------------------------------------


Al-kisahnya, baru - baru ini kami telah memandu sejauh 1000 kilometer menggunakan motorhome di kawasan Western Australia. Itulah perjalanan kami  memandu sepanjang disana selama 6 hari.

Memandangkan kawan - kawan ada yang bertanya, jadi kami ingin kongsikan secara detail tentang pengalaman kami ke sana, maka kami akan bermula dari peringkat awal sekali iaitu peringkat membeli tiket.

Tiket kapal terbang.

Kami memilih Airasia, dan tiket dibeli pada waktu offer. Kami beli pada tempoh SETAHUN lebih awal. Murah lah sebab tarikh tu memang genap setahun kemudian..


Alhamdulillah kami dapat harga yang amat berpatutan. Waktu beli ini tak pregnant pun lagi. Jadi sewaktu anak ketiga kami dilahirkan, kami cuma tambahkan tiket infant sahaja sebab anak pun breastfeed jadi memang melekat dengan ibunya sahaja, tak perlu pening nak ambil bassinet.

Sebenarnya plan asal kami ialah ingin ke New Zealand, kami memang teringin sangat untuk merasai pengalaman memandu dan tinggal didalam motorhome sepanjang menjelajah di negara itu. Namun waktu itu harga tiket agak mahal, dan kebetulan mama tot pernah terbaca yang mana selain New Zealand, Australia juga menjadi tempat untuk para pengembara memilih untuk memandu motorhome, caravan ataupun campervan kerana lokasinya yang cantik.

Jadi, bila lihat tiket ke Perth ditawarkan pada harga yang amat murah dan berbaloi, maka kami pun terus beli!

Dah beli tiket barulah kami start buat research berkenaan destinasi Perth ini, iaitu dengan membaca pengalaman di blog - blog, tripadvisor dan juga join group bersesuaian di facebook. 

Berikut adalah antara sumber rujukan yang kami dapatkan ilmu berkenaan perjalanan ke Perth ini. Tak banyak sebenarnya info tentang bermotorhome di Perth. Ada tu memang ada, tapi tak banyak. Tapi dari pembacaan yang ada ini sangatlah membantu kami dalam merancang perjalanan untuk ke sana.








Blogger - Temankan Teman 
Tripadvisor - Campervan Hire
Facebook Group - tips cuti-cuti perth
Vocket - Puan Wan NurAsilah







Peta perjalanan di Google maps

Selepas meneliti segala info dan tips berkenaan tempat - tempat menarik di sana, maka kami pun mulalah merancang perjalanan, tempat - tempat untuk dilawati dan juga campsite untuk bermalam dengan motorhome.


Kami gunakan applikasi google maps untuk melihat laluan yang akan kami gunakan ketika disana dan tempat - tempat yang akan dilawati beserta campsite / caravan park yang akan kami tempah.

Kami merancang setiap laluan tu, jadi save sahaja dan waktu dah sampai sana klik pada direction ikut hari - hari yang dilalui. Contoh, nanti sampai airport, lepas ambil motorhome nak terus beli daging di kedai halal. Terus search kedai halal dekat dengan area pick up motorhome dan savekan laluan tu. Sampai sana on dan klik untuk terus jalan.

Suhu dan keadaan ketika disana.

Kami juga check musim dan juga suhu ketika berada disana, maka takdelah nanti terbawak baju nipis ataupun terlalu tebal. Untuk kami kali ini yang travel dengan anak kecil berusia 3 bulan, lagilah kena titik beratkan tentang keselesaan bayi kami. Kesian jugak kalau sikecil sejuk kejung diwaktu malam.

Berkenaan musim kami lihat di website ini : www.australia.com

Kami berada disana dari 1 - 6 September 2017, jadinya kami berada dipenghujung winter (musim sejuk) dan memasuki spring (musim bunga), dan suhu pastinya akan berkeadaan 8'c - 23'c sebabnya masih dalam waktu perantaraan bertukar musim.

dan untuk lebih tepat, kami juga check di www.accuweather.com


Paling sejuk diwaktu malam ialah 3'c.. huhu!

Jadi kami pastikan hanya baju jenis tebal yang dibawa dan juga stokin, minyak panas dan segala kelengkapan untuk ketempat sejuk kami sediakan.

Motorhome

Dari peta perjalanan kami tu, sebab dah tahu dah mana nak pergi nanti, maka kami mulalah mencari motorhomes yang sesuai dan juga campsites yang akan berada dalam perjalanan untuk bermalam nanti.

Kami sebenarnya menyewa Britz 6 berth tapi rezeki kami, dapat Maui elite pula disana, dan syarikat ini memang sangat bagus servis mereka, dan lokasi mereka pun dekat sangat dengan airport.


Untuk menyewa, boleh masuk ke website mereka : http://www.maui-rentals.com/au/fr




Tips kami ialah, saat anda plan ingin menjelajah Western Australia dengan motorhomes, terus sahaja booking!

Sebabnya kami melengah - lengahkan booking dan kami lihat beza untuk sebulan sahaja mencecah seribu ringgit.. untuk matawang mereka beza hanya beberapa ratus, tapi bila dah convert ke duit kita, menyesal jugak jadinya.

Jadi kalau boleh booking seawal mungkin yea.. mungkin 6 bulan sebelum, ataupun berterusan ikut website mereka kot-kot ade diskaun, promo dan apa jua peluang untuk anda dapatkannya pada harga yang murah.

Kritera  motorhome yang kami pilih pada waktu itu ialah :

Tandas

Sebab kami memang sedia maklum disana tandasnya tiada air, jadi lebih mudah kalau kami dah ada tandas sendiri dalam motorhome itu. nak ambil wuduk dan juga kes anak - anak kecil yang kejap - kejap nak terkencing (maklumlah sejuk) dapat kami atasi dengan mudah.



Dapur

Kami nak yang ada dapur tentunya nak ada fridge sekali. sebab senang sekali beli sahaja barang basah, lepas tu boleh travel 6 hari kemudian memasak dengan gembiranya menggunakan rencah instant yang dibawak dari Malaysia.

Juga ada microwave sebab makanan yang dah dimasak diwaktu pagi tu, hanya boleh dipanaskan sahaja sepanjang perjalanan berhenti tu, takdelah buang masa nak masak setiapkali berhenti.



Saiz motorhome

nasihat kami ialah kalau kita hanya ada 2 orang dewasa, ambil yang 4 berth pun dah cukup..

motorhome besar nie memang tersangatlah selesa, tapi masalahnya nanti bila nak parking dikawasan bandar ataupun dikawasan perlancongan.

Kalau ada parking bas, boleh parking disana. Tapi, kalau tak ada, pernah kami ambil dan bayar untuk 2 parking ketika ditengah bandar.

Paling kita nak ambil kira ialah surat saman, tak maulah nanti dah balik Malaysia, surat saman dari sana sampai.. samada saman laju ataupun parking, mesti geram dan menyesal kan?

Lesen

Berita baik buat rakyat Malaysia, kita hanya perlu menggunakan lesen memandu kita yang biasa itu sahaja untuk memandu di Australia. memang mudah sangat.


Children & Baby carseat.

Di Australia, undang - undang memang ketat bagi pemakaian children dan baby carseat untuk bayi dan juga anak - anak. Jadi sewaktu kami booking motorhomes tu kami terus request baby carseat untuk sikecil. Abang dan kakaknya tak perlu sebab dah besar.

Sewaktu memandu, jangan pulak tak letak anak dalam car seat tu, sebab akan ada jea orang yang tak follow undang - undang disana, bukan apa nanti kalau dah kena.. terbang lagi duit sebab disana polis akan tahan kalau anak tak duduk dalam car seat.



Untuk mudah, biasakan dahulu letak anak waktu di Malaysia. Jadi kat sana mereka tak de terkejut dan mengamuk nak keluar.

Campsite / caravan park

Bila memandu motorhome ini, kita tak boleh bermalam sesuka hati dimana sahaja, wajib menyewa sebuah tapak di campsite / caravan park.

campsite ini ada menawarkan pelbagai jenis bentuk parking seperti powered site, nonpowered site, paved ataupun grass dan harganya juga berbeza.

kami ambil powered site, sebabnya bila plug in sahaja power cord, power supply akan terus ke motorhome. Terus lampu - lampu, microwave, water heater dan segala barangan elektrik berfungsi.

Juga ini waktu terbaik untuk mengecaj kesemua gadget yang telah dibawa.

Power supply box bewarna kelabu tu untuk bekalan elektrik.

Hanya perlu plug begini sahaja dan terus motorhomes kami 'hidup'.

Selepas itu kami akan buangkan waste water dari dalam motorhome, selalunya setiap parking akan ada lubang waste water. Tapi ada jugak yang takde, jadi ada yang kami buang di dump point jugak. 

Waste water ini ialah air dari sinki dan juga lantai bilik air macam mandi semua tu. 

Ada Australian yang kami tengok mereka buang sahaja ditanah, tapi kami tak mau lah buat macam tu, bawa nama baik Malaysia kita buang kat tempat yang bersesuaian, betul tak? Kalaulah lecak ke ape.. selain menyusahkan mereka, nama pelancong lagi - lagi dari Malaysia akan buruk. 




Disini ada disediakan pelbagai kemudahan, seperti laundry room, bilik mandi, tandas, tempat menjemur pakaian, playground dan banyak lagi.



Jadi selalunya kami akan mandi dan membuang di campsite ini, tak perlu la tong motorhomes itu penuh sangat dengan bahan buangan.

cerita tentang kebersihan, fuh.. memang berkilat bersih tempat nie.. malam pertama sampai kami menggunakan tandas keluarga yang dalam gambar tu..

lantai kering bersih, langsung takda kotor macam lumut ke ape.. walaupun sewaktu kita mandi lantai akan basah lenjun dan bila kering still akan bersih..

esok paginya kami ke tandas waktu pagi.. tengok cara staff mereka bersihkan.. patutla bersih berkilat - kilat tandas mereka..

bukannya takde lecak kat lantai ke ape.. tapi sebab cara mereka bersihkan tu menyeluruh.. jadi keadaan terjaga...

oklah.. nanti bersambung ke Jalan - Jalan : Maui Motorhome di Perth, Western Australia #2 pulak yea..