Kerusi ini asal nya dibuang oleh jiran waktu mereka pindah. Ditinggalkan didepan rumah mereka selama berhari - hari dan terkena hujan sampai teruk sangat jadi tempat duduk tu. Kami ambil dan keringkan selama dua bulan sebelum start makeover semula kerusi ini. 



Selepas dipastikan kayu tu benar - benar kering, maka bermulalah projek kami untuk makeover supaya jadi cantik semula. Kami bukak span dan kain lama pada tempat duduk tu sebab terlalu kotor dan menakutkan. Kami tukar span dan kain baru.

Untuk makeover rangka pula, mulakan dengan membersihkan segala ruang dan bahagian sampai tiada kotoran atau habuk. Part ini anak dara kami bantu. 


Kemudian kami start apply woodstain, dan terus berubah warna dan rupanya!

Kemudian kami tambahkan lagi sampai 4 -5 kali. Pastikan setiap satu layer tu dah kering betul dan sapukan lagi. Hari tu panas dan puas betul dapat buat berkali - kali. 

Akhirnya siap dan kami pun dapatlah kerusi baru. 

Perabot lama hanya perlukan nafas baru, dan bukan dibuang. Insya Allah boleh tahan lagi bertahun - tahun nie.