Projek Hari Raya 2018 kami iaitu makeover lantai balkoni dengan cat Epoxy. Disebabkan kami dapat kunci rumah baru pada hari raya, jadi waktu orang bercuti tu kami ambil kesempatan untuk buat apa yang patut pada rumah supaya bila masuk tu dah settle semuanya.

Kami berkenan sangat dengan sapuan epoxy pada lantai, paling suka tengok bila ditunjukkan gambar before dan after. Lantai yang kotor dan mengerikan boleh jadi cantik dan kemas sahaja. Maka kami pun cubalah dapatkan quotation untuk buat sapuan epoxy pada lantai balkoni dan dapur kami. 

Bila dah dapat quotation tu, perggh boleh tahan harganya. Ye lah dah kita nak upah orang mestilah kena bayar hasil kreativiti, kategori pro dan barangan berkualiti mereka. Disebabkan harganya, kami pilih untuk DIY sahaja. Lagipun rumah tengah kosong, takde ape - apa lagi, sebaiknya waktu ini kami buat.

Epoxy primer nie transparent, (lihat gambar before yang atas, lantai coklat tu) bila disapukan primer nie, dia jadi macam bergetah.. anti slip.. jadi kalo sesapa ada lantai toilet yang licin, boleh try cat nie.. tak perlu nak tukar tiles.. tapi seeloknya beli coating yang macam batu kecil - kecil tu dan itu lagi jadikan bilik air tak licin.

Elok sangat dibuat kalo rumah yang ada warga emas dan budak kecik..

Selalunya orang tua mudah terjatuh dalam bilik air kan.. teringat kat arwah Tokwe.. banyak kali jatuh dalam bilik air.. 😢 sampai berjam2 tertidur dalam tandas tu sebab takde orang perasan. Maka, cara ini boleh digunakan untuk menghalang dari lantai licin dan selamat untuk warga emas.

Selepas disapukan primer, boleh sapukan cat pulak, dan ditaburkan batu atau serbuk untuk hilangkan rupa asal lantai tu.

Kami ada beli serbuk tu di hardware Bandar Baru Bangi, sederet dengan Nasi Kandar Line Clear. Kat situ 1 kg hanya RM39, kami beli satu sahaja.. sebab nanti nak cuba pada lantai bilik air.

Untuk projek ini kami tak taburkan, sebab tempat yang takde air, lepas ini kalau ada dibuat pada bilik air, kami akan kongsikan lagi yea.

Anyways, kelebihan cat ini berbanding cat minyak biasa ialah, lantai tak mudah nak naik kulat, habuk tak lekat cepat, tak licin dan banyak kelebihannya.

Dalam video ini ada caranya, sangat mudah difahami dan juga Insya Allah, mudah nak buat!