Wetotla beli drawer separator ini di Daiso 😎. Beli kononnya nak buat dalam laci yang digambarkan agak besar sikit. Rupa - rupanya muat untuk laci kecil comel ini sahaja.


Tapi still rasa puas hati, sebab kalau tanpa partition ini, laci ini hanya boleh memuatkan satu jenis barang sahaja setiap laci. Padahal bila sudah di kemaskan macam dalam gambar tu, banyak lagi barang - barang cinonet boleh diletakkan. Senang nak cari dan ambil.




Cara nak buat itu, mudah sahaja, hanya perlu ukur dan gunting mengikut luas dalam laci tu. Juga boleh terus design samada mahukan saiz bagaimana untuk barang - barang kita. Kita custommade la nie.





Yang seronoknya boleh sahaja di tukar semula atau diubah mengikut kesesuaian barang bila - bila nanti.