Rumah baru kami ini agak kecil dan ada sahaja barang yang ingin disimpan tapi kami tak ada tempat. Kesemua bilik digunakan dan kami tiada bilik stor. 


Maka datang idea Papa tot untuk gunakan satu ruang dibahagian siling untuk dijadikan tempat menyimpan barangan yang ringan dan jangan sangat - sangat digunakan.


Maka, beamstructure dijadikan tempat menyimpan barang, jimat ruang dan kos kalau buat cara ini.

papa tot mulakan dengan membuat frame dari kayu pine dan guna semula papan dari wardrobe rumah lama.. papan yang warna kelabu tu.


Untuk menggantung, gunakan stainless steel L shaped brackets. 


Bila dah siap, bolehla kalau nak letak periuk ringan, barang2 plastik atau set pinggan yang jarang guna. Ingat yea, kalau gunakan L shaped brackets ini, kena letak barangan ringan sahaja. Jangan la letak pinggan mangkuk kaca sampai berat sangat atas tu.

Juga, sebelum letak tu balut barang - barang dengan plastik biodegradable / kotak dulu.. takdela nanti berhabuk sakan dan cepat buruk barang2 tu kan.

kecuali periuk - periuk ringan.. sebab yang tu tahan lasak, tak perlu balut.