Wetotla beli kabinet nie di Facebook marketplace pada harga RM80 sahaja setiap satu. Rezeki kami, dapat pulak satu free pasal pada seller dah terlalu teruk kondisinya kalau nak jual... beliau tak sanggup nak jual tapi kami sanggup ambil.

Maka, kami beli 3 + 1.. 

Papa tot repair sahaja yang rosak tu dengan kayu dan kami makeover kesemua pintu dengan wallpaper dari MR. DIY.

kalo saiz dan kualiti gini nak beli kat kedai kabinet dapur... RM399 tau . Sebab  kami pernah beli sebijik dulu.. dia punya harga memang perggh.. itupun harga  lebih kurang 9 tahun dulu, kalau sekarang tak tahulah.

Apapun, setelah di makeover, dapatlah kami kabinet baru untuk simpan barang, dan banyak jugak dapat disimpan dalam tu 😉

Alang - alang makeover, kami nak share tutorial macam mana kami lekatkan sticker wallpaper ini pada perabot. Sebab kalau salah buat jadi mengeleding dan comot. Ada teknik sebenarnya untuk jadikannya kemas dan menarik. 

Tips/cara memasang wallpaper pada perabot,

✔️bancuh sabun - kami guna sabun basuh pinggan jea.

✔️letakkan / spray / oleskan sabun cair (sudah dibancuh dengan sedikit air) pada tempat nak di tampal wallpaper


✔️letakkan wallpaper dan adjust ikut saiz, konsepnya bila licin bertemu licin, senang kita nak adjust kan?


✔️biarkan kering selama sejam dua atau semalaman sebelum digunakan, kita nak kasi keras dan melekat bebetul.


Beli barangan yang terpakai sebenarnya lagi menarik, sebab ianya menjimatkan duit dan juga mesra alam sekitar, kita tak buang malah kita tambahkan lagi hayatnya. 

Juga sekarang dengan lambakkan kedai yang menjual wallpaper murah, semurah RM2 sahaja, kita boleh cantikkan barangan lama itu dan secara tak sedar kita dah kitar semula!