Kami jumpa info tentang restoran ini di dalam aplikasi Foursquare waktu di Terenganu. Nak mencarinya tak susah sebab gunakan waze sahaja.

Dah 14 tahun kedai makan nie rupanya.. patutlah rasanya roti - rotinya tersangatlah mantap.❤️


Kalau nak tahu, jika anda order yang daging cincang tu, mereka tak beli yang frozen beb.. cincang daging fresh.. rasa macam makan daging korban jea.. kambing dan ayam pun cenggini 👍👍👍 


kenapa panggil roti tempayan maktab? 

sebab kedai makan nie bebetul depan maktabperguruan IPG kampus Dato Razali Ismail kualaterengganu

tang harga? memang mampu makan 😂 murah la pada kami, kalau kat area rumah nie, daging cincang sahaja dah mencecah RM10!




tang layanan dan servis kedai? memang tiptop.. peramah dan cepat. 😊





kalo ade ke arah sana cubalah yea.. 👌



Roti Tempayan Maktab
Depan IPG Kampus Dato' Razali Ismail
Kuala Terengganu, Terengganu