1 ekor ikan bawal besar
2 sb minyak
Garam

Bahan Cincang Halus:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:

1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 – 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:

2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum – guna sos ikan
2 sb gula pasir
1 sb jus limau nipis/lemon
1 sk kicap manis




Ikan perlu digoreng sehingga garing, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing. Letakkan dalam pinggan besar dan leper.

Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.

Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.

Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air dan garam secukup rasa.

Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng. Hidangkan.