Selalu beli roti jenis nie kat bakeri, dan roti nie tak tahan lama, balik rumah sehari dua hari dia naik kulat maka kena buang, jadi lepas terkena tu kami selalu simpan dalam fridge dan tahan sampai berminggu2.

Yang kami nak kongsikan kali ini ialah cara nak panaskan roti nie kasi lembut gebu macam baru keluar bakeri.

kalau panaskan terus dalam microwave, memang dia lembut, tapi jadi cepat keras semula pada suhu bilik.. mcm dry gitu..


jadi kalau nak panaskan, letakkan setengah cawan air disebelahnya dan run pada low temp selama 1 minit,

macam kami guna 50'c.. jadi tak panas sangat, suam2 gebu lembut macam baru keluar oven.

cara nie boleh guna jugak dekat
✔️pizza
✔️potongan lemang
✔️kuih muih
✔️kek
✔️tosai
✔️roti nan

atau apa sahaja makanan yang dah keras bila dibiarkan lama pada suhu bilik, atau sebab disimpan dalam peti sejuk.


selamat mencuba 😉